≡ Menu

Apabila Literasi Komputer dan Pengucapan Awam digabungkan…

Assalamualaikum WBT.

Apakah sebenarnya maksud subjek posting pada kali ini? Sebenarnya, pada hari ini dan kemarin Adam diberi peluang untuk menyampaikan tutorial kepada 20 orang peserta yang menyertai Kursus Sistem Rangkaian Komputer 11/2008 yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) Perlis yang diadakan di Pusat Literasi Komputer KEMAS Simpang Empat, Perlis. Peluang ini diberikan oleh saudara Fakhrul yang juga bertindak sebagai fasilitator untuk kursus ini. Turut bersama Adam ialah saudara Afif yang merupakan sahabat praktikal bersama saudara Fakhrul di KEMAS Perlis.

Apa yang Adam cuba maksudkan berkenaan subjek di atas ialah Adam berjaya mengaplikasikan kemahiran pengucapan awam yang dibelajar pada semester dua. Hm. Adam sendiri pada mulanya tidak yakin untuk memberi penerangan kepada orang awam walaupun dalam jumlah yang kecil kerana perasaan gugup itu masih ada. Namun, apabila Adam berjaya mengawal diri dan perasaan — Adam berjaya. Mungkin apabila kita tidak terlalu terikat kepada teks dan membolehkan kira menceritakan apa sahaja berdasar pengalaman Adam sendiri. Alhamdulillah, selama dua hari ini Adam berjaya menyampaikan secebis ilmu Rangkaian Komputer yang merupakan fokus utama pada kursus kali ini. Adam juga berjaya untuk bertindak menetapkan masa supaya para peserta mempunyai masa ‘gap’ dan ruang untuk bertanyakan soalan.

Rata-rata peserta kursus ini disertai oleh belia dan beliawanis lepasan SPM dan ada juga senior dan junior daripada Adam menyertai kursus ini. Maksudnya, ada juga peserta yang berumur 28 tahun dan 12 tahun menyertai kursus ini. Atas dasar minat yang mendalam mereka tidak jemu untuk bertanya sekiranya terdapat kemusykilan dalam setiap tutorial yang Adam sampaikan.

Sebenarnya modul ini dibuat sendiri oleh Adam dan mendapat ulasan daripada saudara Fakhrul, melibatkan tiga modul asas iaitu Pengenalan kepada Rangkaian, Asas Pendawaian Rangkaian dan Tetapan Rangkaian Komputer. Pada asasnya, tiga modul ini bersangkutan secara langsung kerana pengenalan kepada rangkaian akan berhubungkait dengan asas pendawaian dan tetapan rangkaian.

Selepas mendapat pendedahan tentang asas rangkaian yang melibatkan jenis rangkaian, topologi rangkaian, architecture rangkaian, para peserta diajar untuk membuat pendawaian rangkaian iaitu membuat kabel. Para peserta dibekalkan kabel UTP secara berpasangan untuk menyiapkan ‘straight cable’ dan ‘crossover cable’.

Walaupun pada mulanya praktikal ini dirasakan seperti sesuatu yang sukar kerana kali pertama para peserta mencubanya, namun mereka mencuba untuk kali ke dua dan ketiga kerana sudah mahir dalam membuat pendawaian, pengelasan kod warna dan cara untuk crimp connector RJ45 dan kabel UTP.

Para peserta juga di ajar untuk membuat rangkaian dua buah komputer menggunakan kabel crossover. Alhamdulillah, semua pasangan berjaya membuat rangkaian antara komputer dan membuat perkongsian file. Apabila apa yang diajar menjadi, mereka kelihatan seperti terus berminat untuk mendalami bidang rangkaian komputer ini.

Para peserta juga memeberi kerjasama yang sewajarnya dalam menjayakan kursus ini. Dalam Borang Penilaian Kursus, ada peserta memberi saranan supaya “Penceramah kena masukkan unsur-unsur jenaka dalam ceramah supaya tidak bosan” — benar juga kan, kalau serius sangat nanti bosan jugak. Tapi Adam tidak lupa untuk memasukkan unsur-unsur jenakan dalam memeberi contoh agar para peserta mudah memahami konsep dan tidak terlalu terikat kepada modul. InsyaAllah, segala saranan yang Adam terima akan Adam perbaiki pada masa hadapan dan segala pujian akan Adam simpan di dalam hati.

Ucapan yang tidak terhingga kepada pihak KEMAS dan Kak Ila kerana menyediakan kemudahan makmal komputer, kemudahan peralatan rangkaian dan perkakasan rangkaian yang secukupnya untuk para peserta. Semoga berjumpa lagi di lain kali!

Other articles you might like;

2 comments… add one
  • Afiq December 5, 2008, 4:34 pm

    wah. dah jadi orang kaya baru nampak. hahaha

  • Adam December 7, 2008, 10:31 am

    Apa maksud orang kaya baru tu bang? Haha.

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: