
Salam. Pada mulanya entri ini bertajuk Adam dan Fotografi tapi perkataan Jutawan itu ditambah selepas Adam selesai membaca satu entri di blog peribadi Saiful Nang, Million Dollar Wedding Photographer. Kita tinggalkan sebentar kisah Saiful Nang dan bercerita tentang kisah Adam dan Fotografi.
Ilmu fotografi yang Adam miliki hingga kini hanyalah secebis daripada sebuku roti, umpamanya. Minat Adam kepada fotografi hanyalah sekadar satu hobi yang biasa. Tapi dengan peredaran masa yang cepat, hobi fotografi telah bertukar menjadi satu peluang untuk menjana pendapatan sampingan atau menjadikan bidang fotografi sebagai pekerjaan. Suatu hari nanti tidak mustahil sekiranya ruang pekerjaan di dalam Borang Pesakit Luar di hospital kerajaan diisi dengan JURUGAMBAR. Dewasa ini banyak pula yang menceburi bidang ini. Adakah Adam baru sedar yang bidang fotografi ini telah lama popular?







