Facebook rasmi FIFA World Cup telah mengumpul lebih 31 juta likes daripada pengguna FB seluruh dunia. Hari ini, laman web itu mengimbas kembali Teknologi Garisan Gol atau GLT yang telah menanugerahkan gol kedua kepada skuad Perancis ketika menentang Honduras 16 Jun lalu. Menurut laman web FIFA, gol hasil jaringan pemain nombor 10 Perancis, Karim Benzema itu telah mencipta sejarah sebagai gol pertama Piala Dunia 2014 yang dianugerahkan melalui teknologi GLT. Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.
Tag: sejarah
-
Gol Karim Benzema catat sejarah sebagai gol hasil GLT
-

Adam: Blog dan Ceritera

Salam. Terasa nak berkongsi cerita tentang satu perkara. Ceritanya pasal sejarah Adam dalam blogging ni. Tadi, sebelum tertulisnya catatan ini Adam terjenguk ke HappyCake.org milik Saudara Khalil. Masih berdiri teguh blognya dengan design yang cool hasil rekaan seorang bakal arkitek.
Sebenarnya Adam sudah mula berblogging secara rasmi sejak 17 April 2003. Boleh rujuk sini untuk archive di Pitas.com, blog hoster pertama Adam. Kalau benar begitu, tanggal pada tarikh 17 April 2009 menjadikan Adam sudah 6 tahun berblogging di Internet. Tempoh itu bukanlah persoalannya, tetapi cukup sekadar untuk catatan peribadi. ;-) Adam ingat, masa di tingkatan dua dengan AdamSite kemudian xter.tk dan kini barulah Adam’s Playground. Kini, Adam’s Playground sudahpun mempunyai domain sendiri di www.adamroslan.com.