Tag: ke rahmatullah

  • Yasmin Ahmad meninggal dunia

    Al-Fatihah untuk keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad. Pemergiannya jelas akan meninggalkan perubahan kepada dunia seni tanah air. Semoga selepas ini akan ada pengganti yang mewarisi bakatnya dalam menghasilkan filem tanah air.

    KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

    Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

    Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

    Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. — Bernama

  • Al-Fatihah DYMM Tuanku Puan Besar Perlis Tengku Budriah Binti Al-Marhum Tengku Ismail

    DYMM Tuanku Puan Besar Perlis Tengku Budriah Binti Al-Marhum Tengku Ismail telah mangkat pada jam 3.47 pagi 28hb November 2008. Kerajaan Negeri Perlis telah mengumumkan 3 hari berkabung bermula dari hari ini untuk seluruh Negeri Perlis.

    Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Baginda. Salam takziah kepada keluarga di Raja dan kerabat di Raja.

    Al-fatihah.

  • Al-fatihah Nur Ezzah bt Elias

    Assalamualaikum WBT

    Seorang lagi sahabat Adam di SMK Derma, Ezzah telah kembali ke Rahmatullah pada jam 4 pagi tadi. Adam menerima panggilan telefon daripada Fatin Adila selepas solat Subuh tentang berita pemergiannya. Dikhabarkan beliau menderita sakit gastrik sebelum pergi meninggalkan kita.

    Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

    Al-fatihah.

  • Al-fatihah Asrol Aizan Bin Zahari

    Assalamualaikum WBT

    Posting ini dibuat selepas Adam menerima berita bahawa saudara Asrol Aizan yang juga dikenali sebagai Dek Jan telah kembali ke Rahmatullah pada petang tadi akibat satu kemalangan di Beseri, Perlis.

    Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

    Al-fatihah.

  • Pemergian Seorang Sahabat

    Kemarin, 9 Januari 2007. Aku dikejutkan dengan berita pemeriagan member baik aku, Faidz. Dia yang lebih mesra dengan panggilan Cat, pergi meninggalkan kami akibat kemalangan jalan raya. Aku tak sangka, kawan baik aku yang periang, sentiasa ceria dan aku sentiasa gembira bila dengan dia pergi dahulu meninggalkan kami.

    Dia merupakan classmate aku, dan aku duduk di sebelah dia, aku amat terasa dengan pemergiannya.. Dia banyak berjasa dan aku amat terhutang budi dengan dia. Dia banyak menolong aku dan aku kehilangan seorang rakan yang sukar dicari pengganti.

    Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatasnya. Aminnnn……….