Salam. Wah wah. Sudah minggu ke tujuh untuk semester lima, dan sudah 7 minggu Adam di Melaka (tetap dikira di Melaka walaupun kerap bercuti di Cheras dan sekali balik ke Kangar akibat cuti H1N1). Banyak cerita yang belaku sepanjang tujuh minggu ni. Sungguh nak habaq, sepanjang tujuh minggu ni memang banyak sungguh kerja nak kena buat. Walaupun pihak pentadbiran UiTM Melaka telah membatalkan semua aktiviti yang dicadangkan untuk semester ini seperti Festival Kemerdekaan atau Jubli Merdeka dan aktiviti Kolej seperti Sukan Kolej 2009, namun benda-benda sampingan yang lain telah benar-benar membawa kepada kesibukan.
Jika ditanya pasal assignment, memang memenatkan. Briefing untuk semester ini; satu filem pendek untuk Audio & Visual, satu business plan untuk Entrepreneurship, satu ‘event’ untuk untuk Event Management, satu kajian tesis untuk Communication Research, satu produk untuk Marketing dan satu projek multimedia untuk Multimedia Design and Production. Untuk itu, banyak la benda yang nak disiapkan untuk proses pre dan post production. Deal dengan beberapa agensi untuk sewaan kamera seperti Finas dan syarikat swasta. Masing-masing kalut dengan projek Audio & Visual ni. Ada yang filem pendek, ada yang dapat dokumentari dan paling menarik, muzik video. Dari sini, kita dah boleh nampak idea daripada pengarah muda janaan Universiti Teknologi Mara melalui Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Insya Allah, suatu hari nanti akan lahirlah seorang pengarah yang befikiran kreatif dan kritis yang dicari-cari untuk menghasilkan sebuah karya Melayu yang tersohor, menggantikan Allahyarham Yasmin Ahmad.