Bahaya ni. Dalam beberapa hari ni beberapa kes berkaitan H1N1 mengakibatkan beberapa institusi pendidikan ditutup. Terkini, Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) di sini, diarah tutup selama seminggu mulai hari ini apabila tujuh kes yang mempunyai simptom selesema babi atau Influenza A (H1N1) dikesan. Di Kangar, kes pertama sudah dikesan yang melibatkan pelajar UniMAP. Puncanya apabila seorang daripada pelajar mereka baru pulang dari Melaka menyertai sebuah perkhemahan di sana. Dah dua kes berpunca daripada Melaka khabarnya.
H1N1: Perlis catatkan kes pertama, empat pelajar Unimap sah ada simptom
KANGAR: Perlis mencatatkan kes Influenza A (H1N1) pertama apabila empat pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) disahkan menghidapi simptom selsema itu.
Empat pelajar terbabit dikesan memiliki tanda-tanda H1N1 selepas menjalani pemeriksaan kesihatan Jumaat lalu dan kini dikuarantin di rumah khas di kolej kediaman Kampung Wai, Kuala Perlis.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mahani Yusof, berkata selain empat pelajar terbabit, satu lagi kes dikesan Sabtu lalu membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah di negeri itu.
Beliau berkata, ia dikesan mempunyai simptom H1N1 selepas pulang daripada aktiviti perkhemahan di Melaka.
Other articles you might like;
Allah dah turunkan bala kat kita tanpa kita sedar.
.-= haritz´s last blog ..Favicon Baru Aku =-.
Tanda-tanda dah nampak. Dunia dah banyak yang sesat.
Takde nampak penurunan malah hari2
ade saje kes baru.
Risau gak aku yg dok klang nih.
Anak aku tempoh 3 bln 2 kali kene
penyakit kaki tangan dan mulut.
Syukur semua dpt diatasi.
.-= Wira DuniaMoto´s last blog ..Kawasaki Ninja KRR ZX150 =-.
Doktor pernah berkata yang H1N1 ni tidak seteruk mana tapi dia melemahkan sistem imunisasi badan. Yang menjadi masalah ialah sakit sedia ada seperti darah tinggi, diabetes dan sebagainya yang membawa kepad maut akibat kegagalan sistem badan untuk berlawan dengan virus H1N1 ni.