
Pada pagi Ahad, 3 April 2011 saya menelefon seorang tukang paip yang menawarkan perkhidmatan baik pulih sistem perpaipan dan elektrik di rumah sewa saya di Seksyen 6, Shah Alam. Pada masa yang sama saya keluar untuk menyelesaikan beberapa tugasan luar dan rakan serumah saya berada di rumah dan menunggu tukang paip tersebut.
Beberapa minit selepas saya keluar, rakan serumah saya, Hilmi Johan menelefon untuk memberitahu kedatangan tukang paip tersebut. Setelah beberapa ketika, Hilmi lagi sekali menelefon saya dan kali ini tukang paip tersebut bercakap dengan saya tentang kerosakan. Menurutnya, ELCB rumah ini rosak dan perlu ditukar dengan harga RM290 dan menukar tiga lampu kalimantang yang rosak. Setelah selesai, mereka lagi sekali menelefon saya untuk bertanyakan soal pembayaran. Saya diberitahu bahawa kos baikpulih seketul ELCB yang berharga RM80.00 di kedai elektrik, 3 lampu kalimantang yang di cas RM90 setiap satu (boleh dibeli RM25 setiap satu) dan beberapa benda lain yang tak pasti kebenarannya.
ELCB – RM290 x 1
Lampu Kalimantang & Sarang – RM90 x 3
Suis Lampu – RM45 x 1
Soket 3 Pin – RM45 x 1
Switch – RM 45 x 1
Benda dalam Main Board – RM 30 x 4
Total = RM770.00
Brader ni betul betul bikin gua panas. Mudah betul dia tap harga tinggi tinggi padahal switch dia beli RM4.50, dia cas RM45. Lampu kalimantang dia beli RM25, dia cas RM90. ELCB dia beli RM85 dia cas RM290. Dan sekarang, lampu berkelip kelip. Semalam tengok ABPBH 2010 pun dalam lampu berkelip.

Leave a Reply