Tag: Pusat Komersial

  • Pusat Komersial: Lagi Kes Hilang Motor

    Assalamualaikum. Belum lagi reda marah gua dengan pencuri lahabau LC kesayangan gua, hari ini gua dengar lagi dua kes kecurian di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam. Taktau apa perkataan yang sesuai nak menggambarkan penyangak lahabau ni. Bahasa kasarnya, masa kecik takmau belajar sungguh sungguh, bila dah besar nak menyusahkan orang. Lepastu suka suka curi harta benda orang.

    Kadang kadang nak salahkan puak lahabau ni pun tak boleh jugak sebab depa ni pandai jugak ambik kesempatan atas kecuaian kita. Tak dinafikan, pada malam kejadian gua sikit alpa. Akibatnya, LC kesayangan tu dah jadi milik orang. Mungkin sekarang dah jadi bangkai dalam Sungai Klang.

    Gua ucapkan takziah kepada rakan gua yang dikhabarkan kehilangan motor pada tengahari semalam. Juga takziah kepada rakan kepada rakan yang hilang pada minggu lepas. Baik jugak jadi benda-benda ni, kita akan jadi lebih berhati-hati lepas ni. Kalau tak sedar jugak taktau la.

    (more…)

  • Internet Percuma di Seksyen 7, SA

    Masuk hari ini, dah dekat dua bulan saya dan rakan-rakan tinggal di rumah burung Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam ini. Dan hari ini, ahli rumah secara besar-besaran menyambut kehadiran Internet di setiap laptop yang ada di dalam rumah. Masalah paling besar di sini ialah penerimaan gelombang talian telefon bimbit atau liputan telefon bimbit. Hal ini mengakibatkan talian telefon akan terputus sekiranya kami berada di dalam rumah. Oleh kerana Celcom Broadband juga berasaskan talian mobile ini, perkhidmatan mereka turut terjejas di sini.

    Fakta daripada sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa kawasan Pusat Komersial ini telah dimiliki oleh Info Age Berhad sebagai pembekal Internet di kawasan ini dan TMNet Streamyx tidak dapat memasuki kawasan ini. Jadi, kami sebagai penduduk tidak ada pilihan lain selain menggunakan perkhidmatan mobile broadband atau melanggan perkhidmatan Internet yang disediakan oleh syarikat tersebut.

    Kadar bagi perkhidmatan mereka boleh dirujuk di laman web rasmi mereka di www.infoage.com.my atau terus ke kaunter Info Age di Kompleks Bintang, Seksyen 7 Shah Alam. Saya pernah ke sana untuk bertanyakan plan yang sesuai dengan bajet kami. Untuk kelajuan 512kbps, saya perlu membayar RM50 sebulan sama seperti Celcom Broadband. Memandangkan kos pemasangan yang agak tinggi, kami mencuba pelbagai alternatif lain.

    Memandangkan jarak setiap rumah adalah dekat, satu kelebihan tinggal di sini ialah anda akan hidup dalam lingkaran gelombang Internet. Di rumah ini sahaja, lebih 10 access point WIFI yang aktif. Jadi, jika anda inginkan Internet percuma seperti saya, teruskan pembacaan di sini. :)

  • Direktori Kedai Makan Seksyen 7

    Pembuka Kata

    Dah tiga minggu gua kat sini, terkurung dalam rumah kotak yang terbatas dengan perhubungan dunia luar. Mana tidaknya, rumah di Pusat Komersial ni macam peti besi gamaknya. Masuk saja pintu, line telefon terus hilang. Macam iPhone 4. Memandangkan betul bermasalah di sini, kami akan lari jauh dari kesesakan. Amzar Anaqi yang hari hari mengadu disaman Polis akibat salah parkir, hari ini Hilmi Johan pulak disaman MBSA. Rasanya itu kerja depa bila tak lepak minum.

    Kelas

    Dengan jam kredit yang menghampiri 30, kelas sehari sangat ketat. Lepas kelas ada kelas, lepas kelas ada kelas lagi. Bila masa nak bersosial? Tambah pulak kelas yang ramai, kalau kelas mula jam 8.30, 8.00 dah kena ada dalam kelas ‘chup’ seat depan. Kalau mai lewat, bahana kena duduk berkongsi. Macam mana nak menulis kalau satu meja kongsi 3 orang?

    Makan

    Landmark Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam ialah KFC dan Pizza Hut. Mula-mula masuk dah nampak restoran segera. Masuk lagi nampak Restoran Kayu, Restoran Barra, Restoran Molek, Restoran Nasik Lemak Cinta Sayang, belakang sekali Restoran Pak Abu. Semua kedai makan ni set mentekedarah sikit, tolak Nasik Lemak Cinta Sayang. Alternatifnya, Restoran Mulus, Restoran Salmi Manje dan Restoran Umi menjadi pilihan.

    Kedai mahai tak ada orang, kedai murah orang ramai. Berpusu-pusu dengan meja tak cukup. Sampai ada kena makan berdiri la setengah. Semua ni psikologi, letak meja sikit cepat halau orang, tak ada la orang melepak.

    Parking

    Bawak superbike tak ada hal la kat sini, tapi kesian kat brader-brader yang bawak kereta. Parking belakang rumah adalah alternatif sebab lorong tu gelap. Tak ada siapa berani parking sana. Kesian geng Wira RE dan KBJ, mengadu kena saman-hari hari. Kat sini satu hal, nak masuk Fakulti pun satu hal jugak. Macam nak ke kelas, alang-alang bangun pukul 6, lepas Subuh terus gerak ke Fakulti. Parking dalam kotak, dalam kelas dapat duduk depan.

    Kursus

    Sampai hari ini, gua fikir semua orang suka dengan subjek third language. Kesian tengok geng PR kena salin satu chapter atas alasan tak beri tumpuan masa pembelajaran. Third language macam masuk tadika balik — belajar ABC 123 dalam bahasa asing. Ich liebe dich!

    P/s: Harini dalam sejarah, 20 Julai 2010. Gua tuang kelas. Belajar tulis semula.