Tag: Seksyen 7

  • (TERBAIK) Char Kuetiau Abdul Seksyen 7

    (TERBAIK) Char Kuetiau Abdul Seksyen 7

    Rakan rakan yang mencari Char Kuetiau terbaik di Shah Alam anda boleh ke Restoran Salmie Manja di Seksyen 7 yang menyediakan menu Char Kuetiau terbaik.

    Antara menu hangat yang menjadi rebutan pelanggan ialah

    • Char Kuetiau Kerang RM4
    • Char Kuetiau Udang RM4
    • Char Kuetiau Udang + Kerang RM4.50
    • Char Kuetiau Special RM 5.00

    Tambahan lain ialah Udang Sepinggan RM5 dan Telur Mata RM1 setiap hidangan. Untuk tempahan majlis keramaian, hubungi Saudara Abdul 010 545 8955

  • Pusat Komersial: Lagi Kes Hilang Motor

    Assalamualaikum. Belum lagi reda marah gua dengan pencuri lahabau LC kesayangan gua, hari ini gua dengar lagi dua kes kecurian di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam. Taktau apa perkataan yang sesuai nak menggambarkan penyangak lahabau ni. Bahasa kasarnya, masa kecik takmau belajar sungguh sungguh, bila dah besar nak menyusahkan orang. Lepastu suka suka curi harta benda orang.

    Kadang kadang nak salahkan puak lahabau ni pun tak boleh jugak sebab depa ni pandai jugak ambik kesempatan atas kecuaian kita. Tak dinafikan, pada malam kejadian gua sikit alpa. Akibatnya, LC kesayangan tu dah jadi milik orang. Mungkin sekarang dah jadi bangkai dalam Sungai Klang.

    Gua ucapkan takziah kepada rakan gua yang dikhabarkan kehilangan motor pada tengahari semalam. Juga takziah kepada rakan kepada rakan yang hilang pada minggu lepas. Baik jugak jadi benda-benda ni, kita akan jadi lebih berhati-hati lepas ni. Kalau tak sedar jugak taktau la.

    (more…)

  • Nasi Lemak Cinta Sayang

    Nasi Lemak Cinta Sayang

    Selamat datang ke Restoran dan Katering Nasi Lemak Cinta Sayang. Anda akan dihidangkan dengan pengalaman makan nasi lemak yang paling mengagumkan. Berikut disenaraikan harga makanan bagi set nasik lemak berserta segelas air. Selamat Menjalani Ibadah Puasa!

    Nasi Lemak + Peparu + Telur Dadar + Nescafe O Ais = RM 5.20
    Nasi Lemak + Ayam = RM 4.30
    Nasi Lemak + Telur + Bilis + Kacang + Ayam + Teh O Limau Ais = RM 5.00
    Nasi Lemak + Ayam + Air Kosong = RM 5.50

    * Anda jangan tertanya kenapa jika harga berubah setiap masa, mungkin kerana saiz ayam berbeza atau komposisi nasi yang berbeza. Harap maklum :)