Tag: Md Isa Sabu

  • Hari Raya Bersama MB Perlis

    Hari Raya Bersama MB Perlis

    Selamat Hari Raya Aidilfitri! Alhamdulillah hari ini kita masih lagi merayakan Hari Raya hari ke-4 dan semalam YB Jamil Saad dan isteri, telah mengadakan rumah terbuka dan berjaya menghimpunkan lebih 100 belia untuk memeriahkan majlis.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Dr. Md Isa Sabu dan Ahli Parlimen Kangar, YB Radzi Sheikh Ahmad. Antara matlamat rumah terbuka ialah mengumpul beliawan dan beliawanis yang akan menjadi bakal pemimpin masa hadapan disamping mengeratkan silaturahim antara mereka.

  • Perlis negeri pertama bebas rokok

    Perlis negeri pertama bebas rokok

    KANGARPerlis menjadi negeri pertama di Malaysia bebas rokok selepas mewarta dan melaksanakan undang-undang larangan merokok di seluruh kawasan awam di negeri ini tidak lama lagi. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, langkah tersebut diambil bagi membantu orang ramai membuang tabiat buruk merokok dan meningkatkan taraf kesihatan penduduk di negeri ini. Selain itu, katanya, ia bertujuan mengawal gejala merokok yang makin berleluasa di kalangan golongan muda terutama remaja.

    “Adalah menjadi hasrat peribadi saya mahu melihat Perlis menjadi negeri pertama bebas rokok di negara ini.”

    “Jika kita dapat melaksanakan larangan ini, sudah pasti ia membantu mereka yang tidak merokok daripada terkena tempiasnya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Tanpa Tembakau di Dewan Warisan, Kangar semalam.

    * Gambar hiasan: Nu’man dan Jad ketika sesi fotografi RS Famili Edisi Raya 2009.