≡ Menu

Fenomena Ada Apa Dengan Cinta & Filem Tempatan Tahun 2002

Fenomena Ada Apa Dengan Cinta & Filem Tempatan Tahun 2002

Satu petang ketika menikmati Bakso di Shah Alam bersama Cech Adrea dan Amzar Anaqi, kami membuka satu tajuk perbincangan. Cech Adrea, seorang yang berfikiran kritis mengajukan beberapa soalan. Pada tahun 2002, filem Ada Apa Dengan Cinta memasuki pawagam di Malaysia dan menjadi fenomena dan terus box-office, filem apakah yang menjadi kebanggaan kita pada masa itu?

Menurut laman web FINAS, sepuluh buah filem dikeluarkan pada tahun 2002, iaitu KL Menjerit, Anak Mami The Movie, Idola, Mendam Berahi, Gerak Khas The Movie II, Embun, Mr. Cinderella, Mami Jarum, Cinta 200 Ela dan Soalnya Siapa. Daripada 10 filem ini, filem Gerak Khas the Movie II berjaya mengutip RM 3.10 juta, paling tinggi dan Cinta 200 Ela paling tercorot sebanyak RM150,000.00 sahaja. Sepuluh tahun selepas itu pada 2012, Adnan Sempit berjaya mengutip sebanyak RM6 juta daripada 77 buah filem yang ditayangkan.

Jadi, selayaknya filem Ada Apa Dengan Cinta boleh dibandingkan dengan filem Gerak Khas the Movie II. Dengan genre yang berbeza, rakyat pada masa itu masih lagi tidak menerima filem bergenre cinta keluaran tempatan walaupun beberapa drama bergenre drama/cinta diterbitkan. Mereka masih terikut dengan populariti siri TV Gerak Khas yang bermain di pawagam selain tiada banyak pilihan untuk genre aksi pada masa tersebut. Jadi, kehadiran Ada Apa Dengan Cinta di pawagam telah menarik minat jutaan rakyat Malaysia hadir ke pawagam untuk menyaksikan kisah cinta Rangga dan Cinta ini.

Persoalan juga timbul apabila Indonesia menyediakan banyak kursus khas dalam bidang filem dan wayang. Orang kita masih lagi ke sana untuk mempelajari selok belok filem di Universiti di sana. Sinetron contohnya, merupakan satu produk yang hebat dan berjaya dipasarkan di pasaran Malaysia, tetapi produk Malaysia masih gagal untuk tembus ke pasaran mereka.

Tanda tanya yang ditinggalkan, adakah industri filem Malaysia masih lagi ketinggalan di belakang Indonesia?

Other articles you might like;

14 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3