≡ Menu

JAKIM Nafi Dakwa Starbucks Haram, Siti Nurhaliza Difitnah

JAKIM Nafi Dakwa Starbucks Haram, Siti Nurhaliza DifitnahDalam dua hari ini, terdapat dua isu yang hangat diperkatakan iaitu minuman Starbucks Coffee adalah didakwa mengandungi unsur arak dan barangan kosmetik SimplySiti menggunakan unsur babi dalam produk mereka. Oleh kerana bertindak melulu tanpa sebarang usul periksa, beginilah jadinya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan pengguna laman Facebook dan Twitter tentang larangan meminum produk Starbucks Coffee kerana disahkan mengandungi unsur arak. Memetik sebaran media yang dikeluarkan Jakim,

Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Pada masa yang sama, Mynewshub melaporkan bahawa Siti Nurhaliza mendakwa bahawa dirinya telah difitnah selepas isu berus dalam produk kosmetiknya didakwa tidak halal. Walaubagaimanapun, Dato’ Siti Nurhaliza menafikan melalui Twitter beliau,

“Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.” – Siti Nurhaliza

Berikut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza melalui laman Facebook Simplysiti.

KENYATAAN RASMI DARI SIMPLYSITI

Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.

Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebutBUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.

Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin
Presiden
SimplySiti Sdn Bhd
6 Ogos 2011

P/S Hati hati menulis di Internet. Mereka boleh saman anda kalau mereka teraniaya. Kalau tak mahu isu ini berpanjangan, lekaslah buat kenyataan terbuka.

Other articles you might like;

62 comments… add one
  • Azhar August 6, 2011, 11:09 pm

    aku dh lama keja starbucks, aku heran pasai pa org kedengki sangat..

  • Wanie August 7, 2011, 12:27 am

    lor..jap halal jap haram ni halal balik..
    susah kan pengguna je..
    sape la yang dok buat cite tak betul ni..hmm

  • ZouL August 7, 2011, 12:52 am

    alamak starbuck pun kene gak ke..dulu old town,ni starbuck lak huhu..tak best la cmni.mana nak lepak pas raya nnt

  • nizam ijam August 7, 2011, 2:19 am

    adoi..mcm2 cerita nie..hehe

  • KatieKitty August 7, 2011, 2:41 am

    Kalau nak kata kopi Starbucks & OldTown tu ada arak, baik cakap je Barbican tu ade kandungan arak.
    Barbican tu adalah beer yg kandungan alkohol disejatkan sahaje.

  • alif haris August 7, 2011, 2:46 am

    baru dgr khabar angin yg ckp bnde ni haram ..
    haih =,=
    cpt betul rumours2 ni bergerak .

  • mr.pingu August 7, 2011, 3:19 am

    huhu mCm2 org nak buat cerita nak jatuhkan business org.. teringat dlu roti gardenia yg sedap tu pun katanya ada babi.. popularnya cik tang nama Babi ni kan.. mana2 je org nak kaitkan dgn dia je..

  • kakkoii August 7, 2011, 5:40 am

    maaf kiranya kakkoii tersilap dan terkasar bahasa.. budaya dengki mendengki ni dah jadi darah daging masyarakat kita… terutamanya melayu. Lihat aja ape jadi kiranya sebuah kedai membangun maju, pasti ada sahaja gangguan yang diterima.,.

    Bercakap melalui pengalaman dan pengamatan

  • bitt August 7, 2011, 6:34 am

    thanks for the pesanan terakhir tuan blog :)

    sangat konpius isu halal dan haram di Malaysia nehh..ermmm hope cepat settle supaya kita tak ragu2 ;)

  • dilaz August 7, 2011, 6:34 am

    teruk betul perangai sampai nak fitnah dan buat tuduhan yang boleh menjatuhkan orang.sungguh tak patut.apa nak jadi pada manusia sekarang nie

  • i wong August 7, 2011, 6:41 am

    Itu la. Kalau perhatikan betul2, mesti sesiapa yang mengatakan starbucks atau apa2 yang haram tu ada meletakkan link yang belilah produk dia. Sebab produk dia lebih halal dari produk yang dia kata haram tu.

    Tak caya? Meh sini baca.

    http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/06/kopi-alkapiaq-starbucks-tu-haram-dah.html

  • Hans August 7, 2011, 7:01 am

    kesian siti nurhaliza

  • ena August 7, 2011, 8:48 am

    akhirnya n3 ni menjawab persoalan..

    tu la.. menda yg belum pasti jgn cepat sangat melatah.. check la dulu dgn pihak yg sepatutnya..

  • gnesop.com August 7, 2011, 9:03 am

    Skrg mudah, lawat jer portal hala untuk semak..
    kalau rasa ragu2 juga, jgn pergi.. )

  • Warkahsiber August 7, 2011, 10:17 am

    Lama sudah mendengar desas desus ini.. Tapi tiada peneyelesaian..

  • muaz August 7, 2011, 10:39 am

    pening da…arituh jakim ckp dlm paper yg starbucks mmg hram..ni halal plak..mne stu ni????

  • cintazulaikha August 7, 2011, 11:05 am

    bab haram ke halal nih mmg tak berani nak cakap. klu media masa ada cakap yg benda tuh betoi2 haram, barulah saya akan percaya.

  • Rohaizam August 7, 2011, 11:09 am

    Ermmm tak baek tau fitnat2 cmni… kesian kat pihak terbabit yg mungkin akan mengalami kerugian…

  • adam-idris August 7, 2011, 11:47 am

    Saya lepas dorang heboh dekat FB tu, memang terus bukak direktori halal JAKIM, and memang Starbucks ada berpuluh2 kedai dia yang dapat sijil halal, mengikut direktori jakim.

    Simplysiti pun sama, dalam direktori halal,
    Syarikat SS tu memang halal terus, so memang ragu2 dengan berita kat FB tu.

    Memang bagus kita share benda tu, untuk kawan2 seagama jugak kan,
    tapi kenalah check dengan JAKIM yg memang strict pasal benda ni.

    Lepas tu sazuya.blogspot tu dah remove blog dia. Ape kes? Memang salah ke nak tutup2 blog pulak? Kalau x salah x payah takut.

    Kesian mereka yang tertindas. Kan dah membebel, hehe

  • ip August 7, 2011, 12:00 pm

    alhamdulillah. starbucks halal :) hehhe.

  • gadismental August 7, 2011, 1:18 pm

    masalhnya dunia kita ni sebab ada yang suka sangat sebar fitnah tanpa usul periksa, button like dan share tu ada kat mana2.

  • si para para August 7, 2011, 1:18 pm

    halal haram sekarang boleh di beli..tu yang ragu2 tu..
    tapi kalau kita ragu2 baik kita tinggal je benda tu kan..

  • nashanadz August 7, 2011, 1:54 pm

    nak share boleh?

  • l0llip0pz gurls August 7, 2011, 2:08 pm

    nseb aq xtulis kat blog ,, kang xpasai2 kena saman ! aduss !

  • hamba Allah August 7, 2011, 2:22 pm

    hmmm…new information..
    walaupun dah dpt klulusan jakim, tp bkan ke starbucks ni pnyumbang kpd sumber pndpatan israel??

  • muse August 7, 2011, 2:26 pm

    hmmm sebab starbucks ni support yahudi bro sebab tu kot org tk brp gemar tapi apa pun terpulang pada diri masing2 ler.

  • miss lyzeer August 7, 2011, 2:35 pm

    sebelum keluarkan kenyataan tu kenalah periksa betul2 dulu..kan dh terfitnah..hurmm

  • muse August 7, 2011, 2:36 pm

    hmmm banyak sangat issue halal hram ni tp tak dari mana sumber depa dapat main hentam jer..

  • muhamad sufian August 7, 2011, 3:06 pm

    bahaya kalau menulis kat blog tanpa hitam putih dari pihak berkenaan. taknak la ada kes blogger yg kena saman lagi. susah nanti.

  • Gee August 7, 2011, 3:12 pm

    adoiii bala bala.. fitnah berleluasa akhir2 zaman nih.. gini ler jadinya..

  • Terbelog August 7, 2011, 4:28 pm

    asal perlu babi
    best sgt ke..
    xde binatang lain?

  • janatul August 7, 2011, 4:30 pm

    haihhh..macam2 btul kan org skunk….yg cam simply siti tu…cube le jgn nk jtuhkn perniagaan org melayu….pntang melayu naik cikit..kot ye pon, rujuk bukti yg sahih.ni x…main terjah je….kn3?

  • ++uchi++ August 7, 2011, 4:41 pm

    macam-macam hal lah skrg..yg halal kata haram..yang haram kata halal..

  • tatkala August 7, 2011, 5:34 pm

    macam mana ni kejap halal kejap haram…
    betul ke jakim yg kluarkan statment tu..
    nasib baik aku tak minum kat starbuck…heheheh.

  • helmyunus August 7, 2011, 8:40 pm

    MuH tak pernah masuk pun Starbuck…

  • tiefazatie August 7, 2011, 10:08 pm

    erm..macam2..kejap ye..kejap tidak..erm..

  • hazwan August 7, 2011, 10:35 pm

    mana satu yang betul dah…kalau was-was tinggalkan je

  • piqahbagus August 7, 2011, 11:37 pm

    sat halal, sat tak pastu halal balik.. penin3

  • titan August 8, 2011, 12:16 am

    best ke starbucks nih??

  • nadia August 8, 2011, 2:00 am

    yeay! bley minum starbuck balik :)

  • Al-Fikr August 8, 2011, 2:55 am

    mereka yang dengki, memang tak dapat dihalang.

  • Mr Rileks August 8, 2011, 5:21 am

    semua yg halal dah DIHARAMKAN… bagus2… dem..

  • Tokan August 8, 2011, 8:36 am

    Etika dalam penulisan dan penyampai berita amat perlu….Maksud al-Quran, Allah berfirman,surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu….

  • noen August 8, 2011, 8:40 am

    macam2 la..jgn la kuarkan kenyataan yang boleh mengelirukan pengguna..klo nk berckp tu sertakan bukti yang sah dulu..adehhhh

  • nizamghazi August 8, 2011, 8:46 am

    Macam2 hal.
    Isu halal haram dah jadi kebingungan masyarakat sekarang

  • dzuandiey August 8, 2011, 9:20 am

    sekarang tak tahu mana yang halal, mana yang betul2 haram…kejap halal..pastu tukar tak halal…n then jadi halal semula…no stand at all..just give the exact n explicit statement…baru la org Islam percaya..

  • intan August 8, 2011, 10:01 am

    haihh..macam2 hal di bulan yang penuh barakah ni..apa yang penting umat Islam kalau nak makan minum tu perlu jelas halal haram..dan kalau yang masuk tu haram, maknanya benda haram lah yang akan mengalir dalam tubuh badan kita ni..jauhkan diri dari makanan yang syubhah atau was2..

  • phat August 8, 2011, 11:12 am

    aku x mampu pun nak minum kat starbucks..barang simplycity pun agaka mahal aku dgr hehe….org islam kene waspada selalu bab halal haram x boleh nak dibuat main2

  • hafizal August 8, 2011, 11:33 am

    betul tu…sy sokong..kita jgn buat entri dengan melulu

  • Senorita Zaty August 8, 2011, 1:43 pm

    biar betikk !!!!!!

Leave a Comment