
Kurang sejam lagi, perlawanan Final Kedua Piala AFF Suzuki 2010 antara Indonesia lwn Malaysia akan berlangsung di Stadium Glora Bung Karno, Jakarta. Malam ini kita akan disajikan siapa sebenarnya yang berhak dan layak menjulang Piala AFF Suzuki.
Cerita-cerita lepas akan dilupakan oleh pemain Indonesia dan mereka akan cuba bangkit untuk mendapatkan sekurang-kurangnya empat gol pada malam ini bagi mengatasi kelebihan Malaysia. Bagi pasukan Malaysia, mereka pasti akan bermain dengan lebih berhati hati bagi mengelakkan kubu pertahanan Harimau Malaya di bocori.
