Category: Live @ E71

  • Remaja EP 22 – Sepaktakraw Wanita

    Remaja EP 22 – Sepaktakraw Wanita

    20111121-112438.jpg

    Sikit jam lagi kawan kawan boleh tengok bagaimana skuad takraw wanita training di MSN Bukit Jalil sama dengan pengenalan permainan takraw dalam Remaja Episod 22 pada hari Jumaat jam 6.30 petang hanya di TV9.

  • Kena Ada Seorang Sebagai Punca Gembira

    Kena Ada Seorang Sebagai Punca Gembira

    Ini adalah cerita merepek versi pertama selepas sebulan berada di Shah Alam. Gua rasa kesian dekat blog ni sejak gua masuk sini dah tak macam terurus. Kalau sebelum ni hari hari update, sekarang nak dapat seminggu sekali pun susah. Bukan tak ada cerita, tapi tak boleh nak komited menulis.

    Sama macam semester lepas, sibuk. Semester ni double sibuk. Kalau belajar saja memang tak masuk akal la sibuk, tapi memandangkan dah nak habis semester dah, gua cuba untuk jadi lebih daripada orang lain. Sana sini gua masuk, bawah sikit ja level gua dengan MPP yang hari hari dok mesyuarat yang politiknya nak jaga kebajikan rahyat marhein.

    Harini gua rasa kemuncaknya, dalam masa dua jam ada dua mesyuarat yang gua join disamping telefon tak lepas dari tangan sebab satu urusan tiga penjuru dari Sri Pentas dengan Flat PKNS dan Pusat Sukan. Bagi orang dalam meeting mungkin fikir mamat ni sibuk SMS dengan marka, atau yang matang sikit akan fikir mamat ni sibuk betul dalam mensyuarat pun mensyuarat lagi.

    Habis mesyuarat, gua fikir benda bukan bukan sebab sana sini dok telefon nak comfirmation, sana janji pukul 3 pukul 4 tak muncul. Kan senang takyah janji? Kalau laki bini bolehla merajuk sebab datang lewat. Masa itu emas katanya.

    Dalam pada nak balik, gua fikir nak makan. Pada masa pulas minyak gua dok memikir kedai mana nak beli. Kedai makan area market Seksyen 6 dah semakin melampau, dulu nasik lauk ayam RM3 harini dah RM3.50. Lagi satu kedai nasik lauk ikan sayoq RM4.50; nasik lauk ayam sayoq RM4.50, nasik lauk teloq masin sayoq pun RM4.50. Memang sistem lumpsump dia pakai. Kedai lain tak kaji lagi.

    Masa yang sama orang orang di rumah dok menanti teh ais. Segala masalah dalam kepala hilang bila teh ais berjaya sampai di rumah. Moral of the story is berfikiranlah positif. Kena Ada Seorang Sebagai Punca Gembira. Sekian.

  • Nasib Buruk Jika Hadiah Buku, Payung dan Jam di China

    Nasib Buruk Jika Hadiah Buku, Payung dan Jam di China

    Di China, kebiasannya rakyat China tidak memberi buku, payung atau jam sebagai hadiah kerana sebutan buku, shu menyerupai bunyi nasib buruk; payung (san) menyerupai sebutan pecah atau jatuh dan jam (zhong) menyerupai bunyi mati atau tamat.

    Isu sebutan ini menjadi penghalang kepada syarikat besar unruk memasuki pasaran China yang sering memberi gambaran buruk kepada syarikat atau produk. Contohnya di Sepanyol, Colgate bererti gantung diri sendiri.

  • Kisah Bijaksana Vijay Mallya dan Ferrari

    Kisah Bijaksana Vijay Mallya dan Ferrari

    Seorang lelaki India bertemu dengan pegawai pinjaman di bank New York City. Beliau perlu ke India menguruskan bisnesnya selama 2 minggu dan perlu meminjam $5000.

    Tanya pegawai bank, “Apa cagaran yang Tuan ada?”

    Lelaki India itu mengeluarkan segugus kunci dan beberapa helai dokumen, “Ini kunci dan dokumen kereta Ferrari saya. Saya parkir di depan bank.” (more…)

  • Apakah Maksud ‘i’ dalam Produk Apple?

    Apakah Maksud ‘i’ dalam Produk Apple?

    Diperkenalkan pada tahun 1998, Huruf ‘i’ disetiap pangkal produk keluaran Apple Inc membawa maksud internet, individual, inform (maklumat), instruct (arahan), dan inspire (inspirasi).

    Produk pertama yang menggunakan awalan ‘i’ ialah iMac pada tahun 1998 selepas Steve Jobs menggabungkan kehebatan Internet dan Macintosh dalam sebuah mesin.

  • Apple Lancar iPhone 4S dengan iOS5, Kamera 8MP, Pemproses Dwi Teras A5 dan Siri

    Apple Lancar iPhone 4S dengan iOS5, Kamera 8MP, Pemproses Dwi Teras A5 dan Siri

    Apple hari ini mengumumkan pelancaran iPhone yang diperbaharui yang dikenali sebagai iPhone 4S yang menolak ura-ura iPhone 5 yang akan dilepaskan.

    Produk terbaru ini akan dilengkapkan dengan sistem operasi iOS5 yang didatangkan dengan lebih 200 fungsi terkini, selain daripada teknologi kamera yang dipertingkatkan sehingga 8MP dengan bukaan aperture yang dibesarkan.

    Siri — aplikasi pintar berasaskan suara yang memerlukan pemilik memberi arahan suara untuk membalas SMS, membuat atau meminda peringatan dan kalendar selain daripada membuat panggilan dan mencari maklumat di Internet.

    Malaysia sekali lagi tidak dimasukkan dalam senarai edaran mereka dan mungkin mengambil masa sehingga beberapa bulan sebelum dibawa secara rasmi.