Category: Live @ E71

  • Hati-Hati Skim Pelaburan Emas Virgin Gold MC

    Hati-Hati Skim Pelaburan Emas Virgin Gold MC

    Melabur atau menyimpan emas sememangnya menguntungkan. Oleh itu, ada pihak yang menggunakan potensi emas sebagai alat untuk mereka terus menipu orang lain.

    Virgin Gold Mining Corporation yang beribu pejabat di Panama adalah tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menjalankan urusniaga pasaran sekuriti, pasaran niaga hadapan, urusniaga kontrak hadapan termasuk memberi nasihat tentang pengurusan dana atau berkaitan pasaran sekuriti.

    Modus operandinya dengan menjual lot dan menjanjikan pulangan tetap sehingga 10% setiap bulan. Sekali dividen sebagai penaja dan shareholder. Harap jangan ada yang terjebak.

  • Pelan Pasca Bayar Blackberry Maxis Serendah RM90

    Pelan Pasca Bayar Blackberry Maxis Serendah RM90

    Bukan main, Pelan Pasca Bayar Blackberry Internet Services Maxis Serendah RM90 dengan kontrak 24 bulan dan anda layak memiliki Blackberry Curve 2G.

    Masa singgah ke Plaza Low Yat tadi geng Maxis sibuk mempromosikan plan-plan mereka walaupun telefon tiada stok. Macam mana kalau tiba-tiba saya nak beli Bold 3?

    Konsepnya sama, bayar RM55 untuk BIS Standard 1GB, RM90 untuk BIS PRO 3GB ditambah dengan pakej Value Plus serendah RM30 dengan 15/sen seminit ke Maxis dan 20/sen seminit ke rangkaian lain. Dah bersedia untuk beralih ke pascabayar?

    Pelan Pasca Bayar Blackberry Maxis Serendah RM90

  • Filem Amatur ‘For Lover’s Only’ dengan Canon 5D Terjual USD200,000 di iTunes

    The Polish Brothers menerbitkan sebuah filem romantik pendek secara amatur dengan menggunakan kamera digital DSLR Canon 5D Mark II berjudul ‘For Lover’s Only’ dan terjual di iTunes lebih USD 200,000 (RM 588,102.00) walaupun dibikin tanpa sebarang modal.

    Filem ini dibintangi oleh Mark Polish dan Stana Katic dan jurukamera dengan berlagak sebagai pelancong bagi mengelakkan dikenakan bayaran mengambil gambar dan video oleh pemilik lokasi. Apa yang menarik, mereka mempromosikan filem pendek mereka melalui laman sosial Facebook dan Twitter tanpa melibatkan penerbit filem ternama selain diedarkan kepada wartawan dan majalah hiburan.

    (more…)

  • Pasport Malaysia Siap 1 Jam

    Pasport Malaysia Siap 1 Jam

    Hujung minggu plan nak ke luar negara jadi kena ada passport antarabangsa. Kalau rakyat Perlis boleh ke Bangunan Persekutuan Kangar atau ke Bangunan Imegresen di Kuala Perlis, Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam.

    Prosedurnya tak susah, bawak dua keping gambar berukuran pasport, satu salinan kad pengenalan dan duit RM100. Isi borang dan ambik nombor giliran. Selesai membuat bayaran, pasport anda akan siap selepas satu jam. Mudah. Oh, untuk RM100 anda akan mendapat 48 muka surat dan sah selama 2 tahun dan RM300 sah selama 5 tahun.

  • Kelantan Juara Liga Super 2011

    Kelantan Juara Liga Super 2011

    Kelantan Juara Liga Super 2011

    Kelantan dinobat selaku juara Liga Super 2011 selepas berjaya menewaskan Sabah 2-1 pada perlawanan terakhir yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah malam tadi.

    Kedua-dua gol Kelantan dijaringkan oleh penyerang kebangsaan Md Norshahrul Idlan Talaha yang mempamerkan sentuhan berbisanya seawal minit keenam separuh masa pertama dan menambah lagi koleksi jaringannya pada minit 73 separuh masa kedua.

    Hasil kemenangan ke atas Sabah menyaksikan skuad The Red Warriors mengutip mata keseluruhan 56 mata sekaligus melengkapkan kejayaan merangkul gelaran juara Liga Super buat pertama kali dalam sejarah.

    Kasut Emas musim 2011 Liga Super pula menjadi milik pemain penyerang Terengganu, Abd Hadi Yahya selepas membantu penyu membelasah Felda United 6-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Selangor.

    (more…)

  • Pasar Malam Jejawi Perlis

    Pasar Malam Jejawi Perlis

    Buah rambutan Anak Sekolah sekarang mula dijual dengan harga promosi, sekilo RM3, dua kilo RM5 berbanding dua minggu lepas yang mana stok rambutan anak sekolah baru tiba. (more…)