Category: Live @ E71

  • (VIDEO) Ucapan Amalina Che Bakri untuk Rakyat Malaysia

    (VIDEO) Ucapan Amalina Che Bakri untuk Rakyat Malaysia

    20120105-055913.jpg

    Dua hari lepas kecoh isu pendedahan blog tempatan berhubung pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri yang dilaporkan tercicir daripada pelajarannya akibat daripada kejutan budaya di sana.

    Walaubagaimanapun, semalam Berita Harian melaporkan bahawa ibunya menyangkal dakwaan tersebut dan memberitahu beliau terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

    Berita Harian menambah, pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.
    (more…)

  • 10 Carian Tertinggi di Google Malaysia bulan Disember 2011

    10 Carian Tertinggi di Google Malaysia bulan Disember 2011

    20111227-105603.jpg

    Google Malaysia hari ini menyenaraikan 10 kata kunci paling dicari oleh rakyat Malaysia bagi tempoh 16 hingga 22 disember 2011. Apa yang menjadi bahan bualan ialah Facebook Timeline yang dilancarkan bagi memudahkan rakan Facebook anda membaca post dalam satu garisan.

    Tengku Sophia menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh Malaysia apabila status Twitternya menyentuh sensitiviti. Tom Cruise sebagai Ethan Hunt, agen IMF dalam Mission Impossible Ghost Protocol meletakkan kata kumci ini di tempat kitiga.

    Perkahwinan Chef Riz dengan pasangannya, Ana Dahlia menyaksikan rakyat Malaysia berminat ntuk mengetahui siapakah Ana Dahlia.

    Dan pelancaran Apple iPhone 4S di KLCC di tangga kelima. Kata kunci lain yang dicari ialah ‘keputusan PMR’, ‘Merlin Season 4’, isu ‘Double Zinger Burger KFC Malaysia’, ‘Jabatan Akauntan Negara’ dan ‘Chirstmas’.

  • Pusat Tapisan Kandungan Satelit Astro di International Channel Presentation

    Pusat Tapisan Kandungan Satelit Astro di International Channel Presentation

    20111226-003157.jpg

    Hari ini Siti Jarum dalam ruangan pojokya dalam Pacaindera Mingguan Malaysia menyentuh tentang peranan Ahli Lembaga Penapisan Filem dalam Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang bertanggungjawab untuk menapis kandungan filem atau drama tempatan. Dia ada menyebut tentang peranan LPF dalam penapisan program Astro.

    Sebelum ini saya berkesempatan ke Pusat Penyiaran Asia Astro di Bukit Jalil dan berpeluang melawat beberapa kemudahan yang disediakan di sana bagi melengkapkan sebuah stesen televisyen satelit. Antara yang menarik perhatian saya ialah International Channel Presentation yang mana pusat tapisan kandungan daripada satelit sebelum disiarkan kepada pelanggan.

    Saya difahamkan, pihak Astro akan menapis iklan arak atau rokok dalam saluran sukan seperti ESPN dan menggantikannya dengan iklan tempatan atau ‘promo’ program mereka. Bagi membenarkan proses ini, penapis memerlukan jarak masa seperti dua minit untuk saluran sukan dan satu jam ‘delay’ untuk saluran hiburan seperti MTV dan sebagainya.

    ‘Delay’ bermaksud jarak masa yang diperuntukkan kepada jurutapis untuk menapis lalu siaran yang ditapis tersebut dihantar kepada pelanggan. Jadi, pelanggan tidak akan menerima iklan arak atau aksi artis barat yang keterlaluan. Walaubagaimanapun, beberapa babak masih terlepas kepada tontonan umum atas alasan memenuhi jalan cerita.

  • (VIDEO) Altimet & Mirwana – Itu Ini Begitu Begini

    Altimet muncul dengan lagu terbaru bersama Mirwana dengan lagu bertajuk Itu Ini Begitu Begini. Lagu ditulis oleh Akmal Mirwana dan lirik ditulis bersama oleh Akmal Mirwana dan Altimet. Altimet dalam kenyataannya di laman Facebook memuji kehebatan Mirwana selain gembira dapat bekerjasama dalam menyiapkan lagu ini.

  • Kekalahan Harimau Muda Memalukan, Kosmo Keterlaluan

    Kekalahan Harimau Muda Memalukan, Kosmo Keterlaluan

    Kekalahan Harimau Muda Memalukan, Kosmo Keterlaluan

    Kekalahan Harimau Muda semalam kepada Bahrain menimbulkan banyak persepsi positif dan negatif. Realitinya, pasukan kita masih belum bersedia untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi. Namun, tanggapan ini boleh ditolak sekiranya ada kejutan dalam baki tiga perlawanan peringkat Kumpulan C pada Februari nanti.

    Kosmo! hari ini mencetuskan ketidakpuashatian kepada penyokong Harimau Muda kerana menggunakan tajuk yang keterlaluan. Bagi peminat, mereka menerima kekalahan dengan hati terbuka dan tidak menyalahkan sepenuhnya kepada barisan pemain walaupun dari segi teknikalnya, mereka alpa.

    Menurut seorang peminat yang mahu dikenali sebagai Adi berkata, walaupun tewas Harimau Muda masih mempunyai baki tiga perlawanan dan mereka akan bangkit untuk mencari kemenangan.

  • (Gambar) Mini Countryman Dato Siti Nurhaliza

    (Gambar) Mini Countryman Dato Siti Nurhaliza

    Mini Cooper Countryman ialah sebuah kereta hebat dengan enjin 1.6 liter yang memberikan anda 120 kuasa kuda pada 6,000 rpm dan 160 Nm pada 4,250 rpm dengan AW 260K transmisi automatik enam kelajuan. Kereta ini akan memberikan anda top speed 182 kph dengan 0-100 kph dengan 11.6 saat.

    Mini Cooper Countryman dijual pada harga RM248,888 manakala Mini Cooper S Countryman dijual pada harga RM285,888. Mini Cooper Countryman milik Dato Siti Nurhaliza bernombor pendaftaran KCT 1 ketika dilihat di Sri Pentas.