Category: Live @ E71

  • Petua Mengurangkan Sakit Migrain

    Migrain adalah sejenis sakit kepala yang akan datang apabila berlakunya stress. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gangguan perasaan Antara petua untuk mengurangkan sakit migrain yang sering diamalkan ialah:

    1. Berehat seketika dengan berbaring.
    2. Elakkan terkena cahaya matahari yang terang atau pancaran matahari.
    3. Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar samar kerana keadaan terang boleh menambah sakit kepala.
    4. Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala dan tekapkan pada mata.
    5. Jika masih tidak reda, cuba gunakan air suam.
    6. Fikirkan secara positif.

  • MMU Chinese Orchestra Festival 2010

    Kebosanan di Lendu membawa saya, Hilmi, Zafir dan Farah ke Jonker Walk Melaka. Kali pertama ke Jonker Walk pada tahun ini. Tak banyak perubahan di sini kecuali ada beberapa peniaga Melayu yang menjalankan operasi perniagaan di sini. Masih ramai yang bertandang ke sini walaupun Pahlawan Walk dibuka. Masih ada banyak sebab kenapa mereka ke sini.

    Kerana telah biasa dengan suasana Jonker Walk saya dan Zafir duduk sebentar di pentas utama Jonker Walk. Ada persembahan orkestra Cina yang dibawakan khas oleh Persatuan Orkestra Cina MMU Melaka. Sedap lagu Jingkli Nona yang dimainkan.

  • Tahun 2020 Sampah 30000 Tan Sehari?

    Manusia sering lupa bahawa rezeki dalam bentuk makanan yang dianugerah oleh Allah itu selalunya membawa padah jika diambil atau dimakan berlebihan. Dalam pada itu manusia juga lupa apabila tidak dimakan atau digunakan yang berlebihan itu, bererti manusia telah membazir rezeki yang Allah berikan. Di bawah beberapa fakta untuk kita fikir.

    1. Kira kira 7.34 juta tan sisa pepejal dihasilkan di Malaysia untuk tahun 2005. Ini bersamaan untuk memenuhi 42 bangunan yang sama saiznya dengan KLCC.

    2. Dijangka seberat 30000 tan sehari pepejal dihasilkan pada tahun 2020 dan sebanyak 45% adalah sisa makanan.

    3. Pembaziran makanan sering berlaku di kedai kopi, restoran, majlis rasmi dan di rumah kenduri kahwin.

    4. Di Jepun, rakyatnya membuang satu per empat makanan yang diperolehi.

    5. Rakyat United Kingdom membuang 4.1 juta tan makanan.

    6. Rakyat di Australia membazir sebanyak $6 billion makanan setiap tahun.

    Sumber: Utusan Pengguna Jan Feb 2010

  • The Finest Ice Cream in The World

    We select only the higest quality, all natural ingredients to create Haagen-Dazs ice cream. Haagen-Dazs ice cream is all natural with no preservatives, artificial flavours or colourings. This commitment to quality is why Haagen-Dazs is The Finest Ice Cream in The World.

    * Kredit untuk Amin Mansor. Dia bekerja dan ‘belanja’ ice cream ni di Haagen-Dazs KLCC.

  • Sultan Johor mangkat

    Sultan Johor mangkat

    JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi. Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi. Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang esok.

    Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik Pemangku Raja petang tadi, akan dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang di Istana Besar esok. Esok juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri dan Johor akan berkabung selama tujuh hari.

    Al-fatihah.

  • Albert Law di Dataran Pahlawan

    Siapa Albert Law? Kenalkah anda dengan Pete Teo? Okay, Pete Teo ialah seorang penulis lirik, komposer, penyanyi, pengarah filem dan pelakon. Kalau anda biasa dengan lagu Aizat bertajuk ‘Kau Pergi’, beliaulah penulis dan penyanyi asalnya bertajuk ‘I Go’.

    Albert Law ialah pengurus beliau. Kami bersamanya hampir 2 jam untuk berbincang hal berkaitan 15Malaysia. Kami akan membincangkan hal ini untuk Kajian Professional nanti. Hasil perbincangan semalam, kami mendapat jawapan yang positif.

    Banyak hal lain yang kami bincang semalam selain daripada hal politik semasa yang diterjemah dalam filem pendek 15Malaysia. Lainnya, beliau amat terkilan dengan berita selepas AJL. Tiada berita yang memuji Aizat sebagai juara. Yang ada cuma bunyi bunyi menyenda AJL. Apakah masalahnya? Bila memikir logiknya, betul. Berita Harian dan Utusan Malaysia ada bercerita pasal AJL. Tapi, mana sumbangan daripada akhbar harian Cina dan Tamil?



    Albert Law di Dataran Pahlawan, originally uploaded by adam.roslan.