Hai. Saya baru pulang dari Karnival ICT: IT Rocks You di Dewan Malawati Shah Alam. Tengok apa saya beli. Ganzo 22 in 1 Multo Tool.
Category: Live @ E71
-
Pulau Gembira
Sejak beberapa hari lepas negeri Perlis digenangi air dan sesetengah kawasan seperti di Beseri dan Arau terjejas teruk dengan air melepasi takat satu meter. Taman Gembira tidak nampak tanda tanda akan masuk ke dalam rumah, hendak Nya.
-
Perkahwinan Anwar & Faten Najwa
Alhamdulillah. Petang tadi berlangsungnya majlis perkahwinan antara Faten Najwa bersama pasangannya di Baitul Fitri, Santan. Majlis tetap berlangsung dengan meriah walaupun hujan turun renyai renyai.
Pada malam sebelumnya, pengantin diraikan dalam satu majlis di Tasoh Lake Resort, Beseri. Gambar ketika mempelai sedang menuju masuk ke dewan makan.
-

Kompaun Belum Dijelaskan
Ni satu kategori pemusnah apabila kita baru suka hati dapat duit, mai pulak surat cinta daripada Majlis Pembandaran Port Dickson mau tuntut duit. Orang tua-tua pesan kalau bab kompaun ni boleh abaikan sebab bukan kesalahan berat pun. Kalau tak salah, Bandaraya Melaka hanya kompaun RM10 untuk kesalahan salah parkir. Tapi tak sangka pulak kesalahan letak kereta atas pasir berganda-ganda. Pikiaq dulu, esok buat keputusan. Roger sana-sini mana tau boleh abai saja surat ni.
-
Selamat Pagi Khamis
Selamat Pagi. Hari ini hari pertama bekerja. Memakai pakaian seragam IT Services yang disimpan sejak cuti semester lepas. Dengan semangat baru, walaupun semalam sedikit terkecewa. Kerja part time dibayar RM50 sehari, dengan tugas memasang dan mentauliah lapan buah komputer Dell ke seluruh Tabika KEMAS di negeri Perlis.
Esok akan bermula Jambori Mini Pengakap di Kem Tasoh. Saya akan berada di sana sebagai petugas. Petang ini akan kesana untuk meneruskan kerja kerja membangunkan pintu gerbang.
-
Ikan Bakar Malim, Pasti Tinggal Tulang
Rabu lepas selepas selesai memasang ‘fuel tank’, tetiba perut meronta sesuatu untuk diisi ke dalam perut. Memikirkan ada lagi sisa tugasan di MITC, kami berpakat ke Restoran Ikan Bakar Malim di Taman Tasik Utama MITC.
Ghairah melihat keli bakar, lalu disambarnya ikan keli bakar. Harga bagi set makan tengahari tersebut ialah RM8.50. Orait lah, puas hati.
Untuk makluman, Melaka sangat banyak dengan restoran makanan laut sama ada di Pengkalan Balak, Umbai atau di tengah tengah bandar Melaka. Selain daripada makanan laut, anda mesti cuba Asam Pedas Ikan Pari. Terbaik. Google lah Asam Pedas Claypot dan marilah kesana.





