Gambar diambil pada pagi Sabtu, hari kedua Kursus Kepimpinan PMMS UiTM Melaka 2009/2010. Kelihatan ialah puncak Gunung Ledang dari Kem Saujana Asahan, Melaka.
Category: Live @ E71
-
Pemandangan Bandar Kangar dari Tingkat 6 Bangunan Mahkamah Syariah
Selepas mendapat panggilan untuk bekerja pada malam semalam, kami bersama Leader IT Services Northern Region, Farhan menjalankan tugas di Bangunan Mahkamah Syariah Negeri Perlis di Kangar. Pengalaman baru disini apabila dapat peluang melihat kamar perbicaraan di depan mata. Belajar prosedur perbicaraan dan sebagainya. Kerja agak meletihkan kerana terpaksa membawa peralatan dari tingkat 6 dan dipasang ke setiap tingkat satu hingga tiga. Kemudian kami mentauliah dan memasang perisian E-Syariah untuk digunakan oleh pihak jabatan.
Perkara menarik apabila kali pertama ikut masa pejabat, balik jam lima hari ini :)

Pemandangan Bandar Kangar dari Tingkat 6 Bangunan Mahkamah Syariah, originally uploaded by adam.roslan. -
Plet RJ: Perlis Indera Kayangan
Tiada perkataan yang sesuai untuk dijadikan tajuk bagi posting pantas ini. Sebenarnya lebih dua minggu Adam mencari kenderaan di sekitar negeri ini yang menggunakan plet pendaftaran yang bermula dengan huruf RJ. Akhirnya ditemukan di simpang lampu isyarat menuju ke Kangar. Untuk pengetahuan, siri RJ ini adalah angka ke 10 untuk negeri Perlis dan amat ketinggalan berbanding negeri negeri lain. Walaubagaimanapun, plet sebelum ini, RH hanya mengambil masa dia tahun untuk dihabiskan berbanding empat hingga lima tahun untuk plet RG. Mungkinkah ini menunjukkan satu perubahan dimana negeri ini semakin pesat membangun seperti mana menyahut seruan kerjaan negeri untuk menjadi sebuah negeri maju pada tahun 2015? Perlis Maju 2015.
Banyak faktor yang menjadikan plet R untuk lambat dihabiskan selain daripada faktor jumlah penduduk dan kemampuan memiliki kenderaan, anggapan saya ialah mereka lebih gemar menggunakan plet K dari Kedah kerana lebih cantik, susutnilai harga kereta semasa jualan untuk kereta
berplet R, dan banyak kedai motor dan kereta mudah berurusan dengan JPJ Negeri Kedah. Apa andaian anda?Keterangan gambar: Sekadar hiasan. RJ4 dan RJ45 sudah keluar, tunggu gambar spot untuk tatapan.
-
Musimnya Mengail Siri 2
Memang musim kegilaan mengail menjadi jadi. Setiap petang kami akan ke tali air Sekolah Ujung Batu untuk melepaskan geram di sana. Malangnya, hari ini tidak beberapa menjadi. Menurut pakar pancing Amirul Kassim, 20, mengesahkan bahawa ikan ikan di kawasan tersebut telah mengenakan langkah berjaga jaga bagi setiap umpan kami. Perkara ini telah mengurangkan hasil tangkapan, cuma empat ekor berjaya dinaikkan termasuk seekor ikan keli besar seperti dalam gambar.
-
Kerja di Kolej Matrikulasi Arau
Setelah beberapa hari menunggu panggilan, petang tadi part timer IT Services berkumpul di Kolej Matrikulasi Arau untuk memasang dan mentauliah lebih 60 buah komputer Dell di dua buah makmal bahasa dan komputer kolej berkenaan. Esok yang pasti, kami ada satu lagi makmal bahasa yang akan diselesaikan.
Keterangan gambar: Stok komputer Dell sekitar 80 unit di dalam makmal sebelum dipindah naik ke tingkat atas. Sakit belakang nak mengusung.




