Backup WordPress secara automatik dengan Softaculous Backup

Backup

Baru baru ini, saya ‘terkena’ dengan sebuah syarikat hosting di Malaysia. Kesemua fail dan data saya hilang dalam satu proses perpindahan pelayan. Kebiasannya, penyedia akan menyediakan backup harian, mingguan atau bulanan.  Lebih menyedihkan, tiada sandaran (backup) harian disediakan oleh penyedia tersebut. Jadi, mereka restore data saya dengan sandaran terakhir mereka pada bulan lepas.

Selepas daripada itu, apa yang saya belajar ialah cuba buat sandaran sendiri dan jangan bergantung kepada penyedia kerana mereka tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan fail atau database. Mungkin dalam promosi ada menawarkan sandaran harian, tetapi bila berlaku kehilangan data, kita yang merana.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa cara untuk membuat sandaran (backup) melalui akses CPanel. Saya sarankan anda menggunakan fungsi sandran dalam Softaculous. Berikut adalalah langkah-langkah menyediakan sandaran melalui Softaculous.

1. Klik Softaculous. Kemudian klik WordPress > Overview.

2. Current Installations akan memaparkan WordPress yang sudah di pasang di dalam server. Kemudian klik pada Edit, dengan ikon kertas dan pensel.

3. Buat tetapan pada Automated backups mengikut pilihan sama ada harian, mingguan atau bulanan. Backup Rotation pula jumlah sandaran yang disimpan, sebelum dipadam dengan sandaran yang baru. Saya pilih Once a day dan 3.

Autobackup Softaculous

4. Kemudian klik Edit Installation Details untuk simpan.

Atau, jika anda bercadang untuk membuat sandaran secara manual, sila ikuti langkah-langkah di bawah.

1. Klik Softaculous. Kemudian klik WordPress > Overview.

2. Current Installations akan memaparkan WordPress yang sudah di pasang di dalam server. Kemudian klik pada Backup, dengan ikon Folder dan Kunci.

3. Masukkan maklumat yang berkenaan dan klik Backup Installation.

Backup WordPress secara automatik dengan Softaculous Backup

Comments

5 responses to “Backup WordPress secara automatik dengan Softaculous Backup”

  1. hafizmd Avatar

    Terima kasih bro. Senang jugak pakai teknik ni. Tak perlu nak pasang plugin, cuma kenalah buat jadual mungkin seminggu sekali untuk buat backup

    thanks bro berkongsi

    1. Adam Roslan Avatar

      Boleh guna Cronjob. Saya update sekali lagi nanti.

  2. akubiomed Avatar

    Perlu buat back up supaya mudah untuk restore balik.

  3. zool Avatar

    hm.. dah lama tak buat backup ni.. kena buat ni

  4. titan Avatar

    memang kena selalu wat backup. kalau tak..naya. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *