Category: Daily Craps

  • Periksa Senaraipendek Biasiswa/PPBU Yayasan Bank Rakyat 2010

    Kepada pemohon Biasiswa/PPBU YBR tahun 2010, sila semak email saudara/saudari untuk mengetahui status permohonan sama ada BERJAYA DISENARAI PENDEK atau TIDAK BERJAYA. Sila semak email masuk dari YBR sama ada di inbox, junk dan juga spam folder. Semakan melalui laman web YBR dengan memasukkan kad pengenalan saudara/saudari boleh dibuat mulai 28 Oktober 2010.

    ***

    Alhamdulillah, saya berjaya disenarai pendek dan akan menduduki ujian saringan bermula pada 1 Disember ini. Kawan-kawan bagaimana?

  • Knapp’s Relational Development Model

    Knapp’s Relational Development Model

    The Knapp’s Relational Development Model is a theoretical model to map the progression of an interpersonal relationship between two parties. The Relational Development Model identifies 10 different stages divided into three overlapping phases: coming together, relational maintenance, and coming apart. To better understand what makes relationships work or fall apart, it is important to examine each stage of development not only by itself but also in its role in the movement from one stage to another as the relationship progresses or falls apart. It is important to note that movement is not necessarily progressive. It is possible to jump between the different phases.

    (more…)

  • Innity atau Nuffnang?

    Innity atau Nuffnang?

    Rupanya sejak bercuti daripada menjadi pengiklan kepada Innity, ada duit yang belum di cash out. Walaupun tak banyak, tapi cukupla untuk beli topup untuk kegunaan sebulan. Ini adalah tindakan nekad untuk memadukan Innity dan Nuffnang (meminjam kata-kata Wan Mus) selepas mendapat e-mail daripada geng Innity untuk meletakkan iklan di blog ini.

    (more…)

  • Canon 60D vs 550D vs 7D

    Canon 60D vs 550D vs 7D

    Lama dah berangan nak tukar body 450D dengan body yang up-to-date macam Amir Aizat dapat sebagai hadiah hari raya tu. Awal semester haritu ada berangan nak tukar dengan Canon EOS 550D, tapi selepas tu Canon dah keluarkan satu lagi kamera DSLR yang mempunyai kemampuan untuk merakam video. Jadi, sekarang Canon EOS sudah mempunyai sebaris kamera yang mempunyai kebolehan untuk merakan video iaitu Canon EOS 7D, Canon EOS 60D dan Canon EOS 550D (disusun mengikut harga paling mahal).

    (more…)

  • Motor Hilang

    Kira-kira jam 11 malam dua minggu lepas, saya mendapat panggilan telefon daripada Gubir. Dengan nada cemas, beliau memberitahu bahawa motorsikal milik saya, RH5775 dilarikan orang. Dengan tenang, saya meminta beliau menyebut terang-terang akan apa yang berlaku. Memang benar, motorsikal saya dilarikan orang. Beliau sempat bertindak sebagai hero dalam cerita ini apabila mencengkam bahu pencuri itu sebelum beliau tertewas dek pencuri itu memecut laju motorsikal saya. Ketika itu saya sedang berada di McDonald’s Seksyen 2 bersama rakan untuk menyiapkan tugasan akademik. Saya terus memecut pulang dengan keadaan tenang.

    (more…)

  • Cara Packing Baju Professional

    Jika anda sebelum ini belum pernah belajar bagaimana untuk ‘packing’ baju dengan cara yang betul, menjimatkan ruang dan mudah, video ini pasti akan memberikan anda idea bagaimana untuk ‘packing’ baju dengan cara yang paling cepat dan mudah.