Rupanya sejak bercuti daripada menjadi pengiklan kepada Innity, ada duit yang belum di cash out. Walaupun tak banyak, tapi cukupla untuk beli topup untuk kegunaan sebulan. Ini adalah tindakan nekad untuk memadukan Innity dan Nuffnang (meminjam kata-kata Wan Mus) selepas mendapat e-mail daripada geng Innity untuk meletakkan iklan di blog ini.

Lepas buat research, terjumpa banyak artikel yang ditulis oleh Wan Mus dan Kak Kujie tentang kelebihan dan kekurangan Innity dan Nuffnang. Nuffnang tidak menggalakkan laman blog yang meletakkan iklannya untuk berkongsi dengan mana-mana syarikat pengiklan daripada Asia Tenggara (termasuk Advertlets, Mangga Ads dan Innity). Sekiranya berkongsi iklan, status Glitteratti akan digugurkan. Glitteratti ialah status ekslusif yang diberikan kepada pengiklan yang mengiklankan Nuffnang dengan beberapa ciri premium.
An “Exclusive Nuffnanger†is a Nuffnang blogger who has NO advertisements from, mentions of, or links to other ad networks originating from SEA, or any ad networks we deem as competitors on his/her blog. via Nuffnang Glitteratti
Jadi, akan ada kesan daripada pengguguran daripada status Glitteratti ini seperti kekurangan iklan di blog dan tempoh masa cash out yang lama. Selain daripada itu, pengiklan tidak lagi boleh menyertai komuniti Innit Nuffnang atau mana-mana perjumpaan yang dianjurkan oleh Nufnang.
P/S: Ini orang kata gamble. Jangan bawa telur ayam dalam satu bakul. Kalau bakul jatuh, semua pecah. :)

Leave a Reply