
Kira-kira jam 11 malam dua minggu lepas, saya mendapat panggilan telefon daripada Gubir. Dengan nada cemas, beliau memberitahu bahawa motorsikal milik saya, RH5775 dilarikan orang. Dengan tenang, saya meminta beliau menyebut terang-terang akan apa yang berlaku. Memang benar, motorsikal saya dilarikan orang. Beliau sempat bertindak sebagai hero dalam cerita ini apabila mencengkam bahu pencuri itu sebelum beliau tertewas dek pencuri itu memecut laju motorsikal saya. Ketika itu saya sedang berada di McDonald’s Seksyen 2 bersama rakan untuk menyiapkan tugasan akademik. Saya terus memecut pulang dengan keadaan tenang.
***
Jam 12 malam saya dan Gubir ke Balai Polis Seksyen 7 untuk membuat laporan polis. Dengan segera polis membuat sebaran melalui alat komunikasi mereka. Dengan sedikit harapan, mereka akan cuba dapatkan motorsikal saya kembali. Tidak lupa, rakan-rakan yang berkebolehan juga dihubungi untuk meminta bantuan. InsyaAllah, mereka cuba sedaya upaya.
***
Hari ini, 21 Oktober 2010. Hampir dua minggu saya merindui pemergiannya. Paling terasa apabila sebelum ini saya mempunyai dua roda, saya terasa kehilangganya. Alhamdulillah, masih ada rakan yang memahami keperitan yang saya alami. Mereka membantu saya dengan pelbagai cara, paling terkesan di hati ialah kesanggupan seorang rakan untuk membawa saya ke kelas pada setiap pagi. Alhamdulillah. Sehingga hari ini, tiada lagi harapan diberikan. Mampuslah kau wahai pencuri.
Leave a Reply