Category: Daily Craps

  • Buang Duit

    Buang Duit

    Selain daripada buang duit dengan bakar rokok, banyak cara lain untuk buang duit. Contohnya bayar saman parking kepada Polis Trafik dan JPJ. :) Satu fakta menarik tentang kompaun JPJ, jika anda membayar 15 hari daripada tarikh anda disaman, anda akan diberikan diskaun sebanyak 30%, hebat!

  • Jurugambar Perkahwinan Malaysia

    Hai. Jika anda sedang mencari jurugambar untuk majlis perkahwinan anda atau saudara mara anda, saya akan senaraikan nama dan nombor telefon jurugambar untuk anda hubungi. Jangan risau, saya telah kategorikan mengikut negeri dan anda hanya perlu hubungi mereka untuk tawar menawar. Saya yakin, harga mereka pasti akan berbaloi dengan kualiti dan kepuasan anda akan dijamin oleh mereka.

    PERLIS

    • Amer Nasiruddin – +6.017.4422765

    SELANGOR

  • Hadiah Hari Raya

    Selepas raya, ramai yang datang ke kelas dengan gajet baru. Paling jelas ialah Ezzat Asyiq yang harini boleh update status Facebook melalui Blackberry. Mod pulak dah upgrade ke iPhone. Amir Aizat dengan Canon EOS 7D didatangkan bersama 50mm f1.4. Apa nak dikata?



    Hadiah Hari Raya, originally uploaded by adam.roslan.
  • Ikea Lack

    Cakap banyak pun tak guna, ada dalam tiga minggu lagi nak habiskan perjuangan di semester tiga. Masa sekarang ialah fokus untuk selesaikan segala tugasan dan persembahan sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester. Bagi menghadapinya, langkah awal yang diambil ialah beli meja belajar. Bagus. Semoga dengan adanya meja baru, semangat terus membuak buak untuk belajar ditambah disiplin yang kuat. Haha.

    P/S: Saya respek dengan teknologi Ikea. Meja dipasang tanpa pemutar skru atau playar. Hebat!



    Ikea Lack, originally uploaded by adam.roslan.
  • iPhone 4 Digi dilancar Jumaat ini

    iPhone 4 Digi dilancar Jumaat ini

    Digi Telecommunication hari ini menerbitkan ‘teaser’ tentang kedatangan iPhone 4 di Digi Centre seluruh Malaysia pada 24 September 2010 bersamaan dengan hari Jumaat. Namun dalam laman web rasmi iPhone 4 Digi belum memuatkan sebarang informasi berkaitan harga atau plan yang ditawakan mereka. Jika anda seorang peminat tegar iPhone 4, bersiap sedialah untuk memiliki gajet terhebat di abad ini.

    Selain itu, Maxis Telecommunication telahpun membuat pengumuman harga dan plan untuk iPhone 4. Anda boleh memiliki iPhone 4 16GB dengan harga RM 1,990 dengan komitmen RM100 setiap bulan selama 12 bulan. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web rasmi iPhone 4 Maxis di sini.

    P/S: Sebelum ni ada hasrat, tapi memikir kehendak mengatasi keperluan, terpaksa batalkan.

  • Makan Tomyam di Johnny’s

    Mungkin sebab balik Kangar haritu tak pekena Esah Tomyam di Utan Aji, saya buat keputusan untuk makan sup ruji masyarakat Thailand di sebuah restoran yang dinamakan Johnny’s. Walaupun dirancang pada saat saat akhir, akhirnya berjaya juga merasa Tomyam. Layan dengan 4 ekor udang besar dan hirisan ikan.



    Makan Tomyam di Johnny’s, originally uploaded by adam.roslan.