Category: Daily Craps

  • Kedudukan Kumpulan A & B Bola Sepak Sukan Sea 2011 Jakarta

    Kedudukan Kumpulan A & B Bola Sepak Sukan Sea 2011 Jakarta

    Kedudukan Kumpulan A & B Bola Sepak Sukan Sea 2011 Jakarta

    Selepas dua perlawanan, Harimau Muda mendahului Kumpulan A dengan empat mata, berkongsi kutipan mata yang sama dengan Singapura. Walaubagaimanapun, Indonesia berpeluang memintas Malaysia dan Singapura jika menang menentang Singapura pada hari ini. Skuad Harimau Muda akan menentang Kemboja Ahad ini.

    Dalam kumpulan B, Myanmar gah di atas dengan 7 mata, berkongsi mata dengan Vietnam selepas tiga perlawanan.

  • (LIVE) Keputusan Malaysia lawan Thailand – Kumpulan A Bola Sepak Sukan Sea 2011 Jakarta

    (LIVE) Keputusan Malaysia lawan Thailand – Kumpulan A Bola Sepak Sukan Sea 2011 Jakarta

    (LIVE) Keputusan Malaysia lawan Thailand - Kumpulan A Bola Sepak Sukan Sea 2011 Jakarta

    Hari ini skuad Harimau Muda akan turun berjuang buat kali kedua Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno tepat jam 5 petang waktu Malaysia. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di TV1 dan Astro Arena 801.

    Menurut pengurus pasukan, Datuk Hamidin Mohd Amin, pemain dinasihatkan menganggap semua perlawanan adalah penting tanpa mengira sesiapa pun lawan dari kalangan Kumpulan A termasuk lawan selepas ini, iaitu Kemboja apatah lagi tuan rumah, Indonesia. – Utusan (more…)

  • (LIVE) Keputusan Malaysia lwn Singapura Sukan Sea 2011 Jakarta

    (LIVE) Keputusan Malaysia lwn Singapura Sukan Sea 2011 Jakarta

    (LIVE) Keputusan Malaysia lwn Singapura Sukan Sea 2011 Jakarta

    Kapten, Baddrol Bakhtiar mengetuai tonggak yang membantu skuad Datuk K. Rajagobal muncul di Laos, dua tahun lalu bersama Ahmad Fakri Saarani, Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad, tetapi K. Gurusamy Govandar mungkin terpaksa direhatkan seketika.

    Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta juga kian pasti menyaksikan Khairul Fahmi Che Mat selaku benteng terakhir skuad bawah 23 tahun negara yang pastinya masih ‘berdendam’ dengan kekalahan agregat Harimau Malaya kepada Singapura dalam Kelayakan Piala Dunia, Julai lalu.

    Tanpa Gurusamy, malah Irfan Fazail di bahagian tengah gara-gara kecederaan, Kim Swee cuba mengubah suai kehadiran beberapa calon lain seperti Syahrul Azwari Ibrahim, Yong Kuong Yong, Shukor Jusoh dan Nazmi Faiz Mansor yang baru kembali daripada Kelayakan Bawah 19 Tahun Asia di Ho Chi Minh, Vietnam. – Utusan

    (more…)

  • Jadual Harimau Muda di Sukan Sea ke-26 2011

    Jadual Harimau Muda di Sukan Sea ke-26 2011

    Jadual Perlawanan Skuad Bola Sepak Sukan Sea ke-26 2011

    Jadual Perlawanan Skuad Bola Sepak Sukan Sea ke-26 2011

    Perlawanan Malaysia dan Singapura pada petang ini akan membuka tirai Kumpulan A pada jam 4 petang waktu tempatan. Kemudian skuad Harimau Muda akan menentang Thailand pada 9 November, Kemboja pada 13 November dan Indonesia pada 17 November sebelum ke pusingan berikutnya pada 19 November.

    Skuad Harimau Muda akan dibarisi pemain-pemain berikut bagi menggalas cabaran mempertahankan gelaran pemenang pingat emas dalam edisi terdahulu.

    (more…)

  • Mengarah untuk Televisyen

    Mengarah untuk Televisyen

    Ini bukan entri biasa. Entri untuk mencoret seberapa banyak kepenatan dalam satu muka surat. Tapi pasti tak terungkap.

    Projek mega semester ini ialah mengarah untuk TV. Bukan itu saja sebenarnya, ada lagi 10 alasan untuk terus penat begini. Mana dengan penulisan akademiknya, mana dengan sukanya mana dengan bendaharinya.

    Sedikit pengenalan, kami sedang menyiapkan satu episod rancangan TV yang diarahkan oleh gua dan pasukan. Maksudnya, gua dah jadi pengarah TV cap ayam. Baru pandai sebut roll tape dan menggelabah mengaku pengarah.

    Gua tak mintak nak jadi pengarah tapi sebab dipilih jadi pengarah olok olok akhirnya gua setuju. Maka si pengarah asli pun mula turunkan ilmunya.

    Bila setelnya shooting, mari pulak bab post production. Bukan tak pernah buat, tapi sekarang gua deal dengan orang TV, kenala bersungguh. Bukannya boleh syoq sendiri. Maka kenalah sibukkan diri dengan melepak di bilik FCP sambil tunggu tape tengah ingest. Sejak jadi orang part time Media Prima gua dah tak sebut lagi sebut dump tape sebab lagi manis disebut ingest. Wow.

    Gua tak maksud gua nak sampaikan tak sampai, janji gua boleh kongsi satu gambar kat atas. Memang lu orang tak kenal siapa mamat kat atas, tapi dalam masa tiga tahun lagi bintang dia akan bergemerlapan.

  • Piala VFF 2011: Malaysia B23 Sekadar Tempat Ketiga

    Piala VFF 2011: Malaysia B23 Sekadar Tempat Ketiga

    Piala VFF 2011: Malaysia B23 Sekadar Tempat Ketiga

    Skuad Bawah 23 Malaysia hari ini menamatkan kempen Piala VFF 2011 di Hanoi sekadar di tempat ketiga selepas seri 1-1 dalam perlawanan akhir dengan Myanmar hari ini. Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Ahmad Badrol Bakhtiar.

    Skuad Malaysia B23 menewaskan Myanmar B23 dalam perlawanan terdahulu sukar untuk memintas Uzbekistan yang menjadi juara kejohanan, diikuti Vietnam dan Myanmar di tempat keempat. Kejohanan ini dilihat sebagai pemanas badan sebelum skuad ini beraksi dalam Sukan Sea 2011 di Indonesia pada Disember nanti.

    Sumber: MALAYSIA NATIONAL FOOTBALL TEAM’s Photos