Category: Daily Craps

  • Kadar Parking Kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

    Kadar Parking Kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

    Kadar Parking Kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur antara yang termahal dimana setiap jam pertama hingga jam ketiga akan dicas RM 4 setiap jam dan mulai 4 jam berikutnya RM 3 setiap jam, RM 2.50 mulai jam ke-6, dan RM 2 mulai jam ke-10.

    Contoh kiraannya jika anda meletakkan kenderaan anda selama 3 jam anda perlu membayar RM 4 x 3 jam, jumlahnya RM12. Untuk terus ke eskalator dan akses lif ke dewan pendaratan atau pelepasan, anda perlu parking di B2.

  • (TERBAIK) Char Kuetiau Abdul Seksyen 7

    (TERBAIK) Char Kuetiau Abdul Seksyen 7

    Rakan rakan yang mencari Char Kuetiau terbaik di Shah Alam anda boleh ke Restoran Salmie Manja di Seksyen 7 yang menyediakan menu Char Kuetiau terbaik.

    Antara menu hangat yang menjadi rebutan pelanggan ialah

    • Char Kuetiau Kerang RM4
    • Char Kuetiau Udang RM4
    • Char Kuetiau Udang + Kerang RM4.50
    • Char Kuetiau Special RM 5.00

    Tambahan lain ialah Udang Sepinggan RM5 dan Telur Mata RM1 setiap hidangan. Untuk tempahan majlis keramaian, hubungi Saudara Abdul 010 545 8955

  • WW #11 – Duit Raya

    WW #11 – Duit Raya

    P/s Bukanla duit raya sangat, saja nak kenakan dengan tema raya.

  • Hari Raya Bersama MB Perlis

    Hari Raya Bersama MB Perlis

    Selamat Hari Raya Aidilfitri! Alhamdulillah hari ini kita masih lagi merayakan Hari Raya hari ke-4 dan semalam YB Jamil Saad dan isteri, telah mengadakan rumah terbuka dan berjaya menghimpunkan lebih 100 belia untuk memeriahkan majlis.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Dr. Md Isa Sabu dan Ahli Parlimen Kangar, YB Radzi Sheikh Ahmad. Antara matlamat rumah terbuka ialah mengumpul beliawan dan beliawanis yang akan menjadi bakal pemimpin masa hadapan disamping mengeratkan silaturahim antara mereka.

  • Sebelum Aidilfitri 1432H

    Sebelum Aidilfitri 1432H

    Alhamdulillah, selesai sesi pagi persiapan sebelum Aidilfitri 1432H. Cuaca pagi ni pun mendung walaupun beberapa ketika hujan rintik rintik turun. (more…)

  • Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011

    Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011

    Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011

    Denaihati kembali menganjurkan pertandingan dengan hadiah yang bernilai RM1000 untuk sepuluh peserta. Anda perlu fahamkan 13 langkah sebelum menyertai pertandingan ini di entri Duit Raya RM1000 untuk Rakan Blogger.

    Tugasan yang perlu dibuat mudah sahaja iaitu Rakan Blogger perlu memilih satu entri di Blog Denaihati contohnya “Cinta Dari Kaabah” kemudian klik entri lain di Related Post dan klik entri lain di Related Post sehingga anda tidak melihat tajuk entri pertama yang ada dalam senarai Related Post yang terakhir.

    (more…)