Category: Daily Craps

  • Astro Apprenticeship Program

    Astro Apprenticeship Program

    Astro Apprenticeship Program, glemernya nama. Alhamdulillah, dalam masa kurang 15 hari lagi gua akan berlatihan industri; syarat wajib untuk gua menamatkan ijazah sarjana muda. Sebenarnya gua cuak (gementar) sebab ini pengalaman gua kerja dengan orang.

    (more…)

  • Ranking Kuetiau Goreng Perlis – Pusingan #1

    Ranking Kuetiau Goreng Perlis – Pusingan #1

    Salam. Malam ni gua tekad, atleast kena ada jugak entri untuk sekurangnya kekalkan ranking Alexa atau menjaga trafik yang semakin hari semakin hilang. Manakan tidak, risau baca syarat baru Innity, parah kalau tak ambil serius. Jadi tanpa membuang masa, hari ini saya akan bawa anda menerjah tiga pilihan gerai kuetiau goreng terbaik di Perlis.

    (more…)

  • Beli Mafla Brigate Gialloblu 2011 Sekarang

    Beli Mafla Brigate Gialloblu 2011 Sekarang

    20111216-103340.jpg

    Kepada komrad-komrad Ultras Perlis atau Brigate Gialloblu yang berminat mendapatkan Mafla Brigate Giallloblu versi terhad, anda boleh terus mendapatkan melalui laman komuniti Brigate Gialloblu atau menghubungi Nazily Muhaimin aka COCO di talian 0175693190/0142433829.

    Bagi yang belum mendapat perkembangan terkini tentang skuad bola sepak Liga Malaysia Singa Utara, pengurusan sedang sibuk menjalankan pemilihan pemain untuk memantapkan skuad musim depan termasuk mencari pemain import. Sehingga kini, Lamin Conteh Jr sudah disahkan menyertai skuad Singa Utara.

  • Hari Tak Produktif

    Hari Tak Produktif

    20111207-025242.jpg

    Kalau ikut setiap hari Selasa gua kerja. Dengar cerita kat sana nak kena angkat banyak barang tapi itu bukan sebab gua tak ke kerja. Tapi sebab dapat telefon dari pejabt kata borang pelarasan tak lulus, gua pun jadi serabut kepala. Plan asalnya nak ke PTAR untuk diskusi gua tangguh sekejap. Dua jam sebelum tu gua dapat telefon daripada Melaka mintak stok kopi. Patutnya boleh hantar tadi petang tapi sebab gua tak pandai nak atur tahap kepentingan dalam kerja jadi gua tangguh lagi.

    Diskusi pagi dibawa ke petang dan sampai ke senja. Balik senja terus lena, dan sekarang saya fikir ntuk lena lagi. Pada masa itu, gua fikir masa depan gua dengan subjek awal pagi Khamis. Apakah masih ada peluang?

    P/s – Gua punya taman tema pun entah kemana. Kesian Snoopy!

  • Senangnya Pinjam Duit!

    Senangnya Pinjam Duit!

    Senangnya Pinjam Duit

    Kalau nak ikut betul betul, gua ni bukan kategori berkira sangat. Kalau orang nak pinjam duit, gua ada duit gua hulur saja. Tapi gua rasa sesetengah manusia ni pelik jugak. Nak kata ada tulis Ah Long dekat dahi takdak pulak, senang senang nak pinjam duit.

    Ada satu kisah, kawan sekolah rendah gua, yang gua pun sebenarnya ingat nama saja telefon. Baik punya sembang, sebagai nak tamat perbualan dia nak mintak pinjam duit. Peh. Itu macam pun boleh ka. Sila telefon Ah Long Bukit Beruntung sekarang!