Category: Daily Craps

  • Toksid, Toksik atau Toksin?

    Toksid, Toksik atau Toksin?

    Kekeliruan antara toksid, toksik dan toksin kerap kali berlaku dalam kehidupan seharian kita. Iklan kesihatan kebanyakannya yang dikhabarkan menjadi penawar kepada toksin kerap bertukar perkataan yang tepat.

    Menurut Kamus Dewan Edisi Edisi Keempat, toksik bermaksud beracun dan toksin ialah bahan beracun yang dihasilkan oleh bakteria dalam organisma hidup atau mati yang boleh menyebabkan penyakit tertentu. (more…)

  • Benarkah Tradisi Mengirim Kad Raya Pupus?

    Benarkah Tradisi Mengirim Kad Raya Pupus?

    Bagi saya, anda yang layak memberikan jawapan sama ada sudah pupus atau masih ada yang meneruskan tradisi ini. Seingat saya kali terakhir mengirim kad raya adalah semasa di Melaka dimana saya dan rakan rakan sekelas menghantar gambar kami sebagai kad raya DIY kepada para pensyarah. Masa tu masih lagi meriah. (more…)

  • Bagaimana ‘Nozzle’ Pam Petrol Tahu Tangki Penuh?

    Bagaimana ‘Nozzle’ Pam Petrol Tahu Tangki Penuh?

    Hari hari kita isi minyak di stesen minyak. Tapi bagaimana sebenarnya ‘nozzle’ atau picu pam minyak yang kita gunakan semasa isi minyak tahu bahawa tangki dah penuh?

    (more…)

  • Apa Fungsi TA dan RDS di Radio Kereta?

    Apa Fungsi TA dan RDS di Radio Kereta?

    Bagi pemandu kebiasaan, tak semua butang dalam kereta dia tahu fungsinya. Yang diambil berat ialah butang ON/OFF radio dan butang lain yang selalu ditekan.

    Ada dua fungsi yang diwujudkan di peranti radio seperti Traffic Announcement (TA) dan Radio Data System (RDS) yang sebenarnya berguna kepada pemandu.

    Traffic Announcement atau butang TA apabila ditekan akan mengeluarkan pengumuman tentang laporan kesesakan trafik. Tetapi di Malaysia mungkin fungsi ini tidak disokong oleh stesen radio tempatan walaupun butang TA ada dalam setiap kereta Proton.

    RDS pula berguna untuk perjalanan jauh apabila sistem akan mengesan frekuensi bagi stesen radio yang didengari dan kekal walaupun keluar dari kawasan liputan frekuensi. Fungsi lain RDS ialah memaparkan nama stesen atau slogan dalan 64 askara dan banyak lagi.