Category: Daily Craps

  • Permohonan Tajaan JPA Bagi Pelajar Lepasan SPM 2011

    Permohonan Tajaan JPA Bagi Pelajar Lepasan SPM 2011

    Jabatan Perkhidmatan Awam mengumumkan bahawa Biasiswa Tajaan JPA bagi pelajar lepasan SPM 2011 dibawah Program Khas JPA 2012 telahpun dibuka.

  • Tabiat Mencuri

    Tabiat Mencuri

    Sudah lumrah, dalam kesempitan mencuri ialah penyelesaian. Satu malam yang hujannya lebat, di kawasan letak kereta yang gelap disitu dimana manusia kesempitan cuba lari daripada kepayahan.

    Tak semena-mena, sebiji helmet yang baru seminggu dibaikpulih menjadi mangsa keburukan manusia. Tidak menyalahkan sesiapa, peristiwa ini sekali lagi menjadi peringatan kepada diri sendiri untuk terus berjaga-jaga. Kepada mereka yang leka, peluang akan diambil untuk kesenangan sementara. Sedar, berhentilah jadi mereka yang leka.

    Pasang keazaman dalam diri, untuk terus bersedia. Banyak cabaran mendatang yang tak kita duga.

  • (DIY) Tukar Sendiri Visor MS88

    (DIY) Tukar Sendiri Visor MS88

    Helmet yang glemer seperti MS88 bukanlah sebuah helmet yang tahan lasak, sesuai dengan harganya sekitar RM30 sahaja. Tetapi disebabkan mobiliti helmet ini menjadikannya popular dalam kalangan penunggang motorsikal.

    Selain masalah dicuri, helmet ini juga mempunyai beberapa masalah lain seperti pin visor tercabut akibat karat. Untuk menempuh angin laju sepanjang Shah Alam – Petaling Jaya, adalah mustahil untuk tidak memasang visor dan kesempitan kewangan menghalang untuk membeli helmet baru walaupun lebih bergaya.

    Untuk itu, hari ini saya membeli visor Bogo dan 3 skru berkepala allen key sebagai penghubung antara visor dan helmet. Bermodalkan RM10 helmet anda kekal bergaya dengan visor baru tanpa calar. Selamat menempuh angin!

  • Menulis dari Mobile

    Tak banyak, lama sudah terpinggir. Sekali sekala datang menjenguk bertanyakan khabar.

  • Awek Chuck Taylor dan Bayang

    Awek Chuck Taylor dan Bayang

    Nami Cob Nobbler mempersembahkan dua buah novel yang saya rasakan semua orang patut membacanya. Kisah separa benar, anda mesti mencubanya.

  • Tenis dan Revolusi

    Tenis dan Revolusi

    BMW Malaysian Open 2012

    Hujung minggu gua mulakan latihan industri dengan menyertai team siaran luar (OB) Astro Arena sempena siaran langsung BMW Malaysian Open 2012 di Pusat Ekuastrian Bukit Kiara.

    Pengalaman pertama kali ini banyak mengajar gua erti menjadi seorang broadcaster tegar. Manakan tidak, calltime 8 pagi, game habis 11 malam. Memang setia sampai malam.

    Berita Harian melaporkan, Su-Wei yang merangkul gelaran sulungnya dalam siri Persatuan Tenis Wanita (WTA) itu menewaskan Petra Martic dari Croatia 7-5, 4-1 meskipun diberi tentangan hebat pada set pertama yang menyaksikan Martic menang 6-2 dalam aksi selama sejam 45 minit sebelum pilihan kelima itu terpaksa menarik diri pada set ketiga akibat kepenatan.

    (more…)