Category: Daily Craps

  • Koleksi Skaf Ekslusif Hanya di Jiwa Scarves

    Koleksi Skaf Ekslusif Hanya di Jiwa Scarves

    20120620-040429.jpg

    Rakan seperjuangan, Zaifirra Fahanna hari ini melancarkan gedung dalam talian yang dikenali sebagai Jiwa Scarves. Mereka menjual pelbagai variasi tudung bidang berkualilti tinggi dengan rekaan yang menarik.

    Jangan sega silu untuk klik masuk dan like laman Facebook mereka di sini, dan anda boleh membuat pilihan tudung pada harga serendah RM25 sahaja.

  • Senarai Pemain Harimau Muda 2012

    Senarai Pemain Harimau Muda 2012

    Selepas menguji pemain skuad Bawah 22 Malaysia dalam beberapa siri persahabatan termasuk menentang Qatar semalam, Ong Kim Swee dilihat sudah mempunyai kata putus dalam memilih senarai akhir bagi skuad ini.

    Sebelum ini Ong Kim Swee dilaporkan mempunyai masalah untuk memilih pemain kerana setiap daripada mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri.

    Harimau Muda 2012

  • Nasi Kandar Zainol

    Nasi Kandar Zainol

    Definisi nasi kandar mungkin berbeza di seluruh Malaysia, walaupun umum tahu bahawa masakan ini berasal dari tanah besar India.

    Di Perlis, nasi kandar mungkin berwarna sedikit kekuningan dan di Pulau Pinang nasinya berwarna putih. Itu yang membezakan kesedapan makanan ini selain daripada lauk pauk yang berbeza.

    Di Petaling Jaya, ada sebuah gerai yang mempertaruhkan kesedapan Nasi Kandar Pulau Pinang untuk disajikan kepada seluruh rakyat PJ. Malahan ada yang sanggup datang beribu batu jauhnya demi merasai kesedapannya. Alternatif kepada nasi kandar mainstream seperti Nasi Kandar Pelita atau Nasi Kandar Hakim Seksyen 7 Shah Alam.

    Sekali makan, sama ada ayam kecik atau besar (suku ayam) bersama sayur taugeh begitu mengujakan. Tiga bintang diberikan untuk nasi panas bersama ayam goreng dan campuran kuah yang menambah kesedapan.

    Harga satu hidangan bermula RM5 bergantung kepada jenis lauk.

    Order Coway Petaling Jaya sekarang!

  • Tukar Budaya

    Sebenarnya, lebih tiga bulan saya berusaha untuk mengadaptasi budaya baru. Maksudnya, budaya seorang pelajar kepada budaya seorang pekerja.

    Kalau sebelum ini, dua tiga benda boleh diselesaikan dalam satu hari, tapi tidak lagi hari ini. Semuanya sudah dikorbankan untuk kerja. Kalau betul ada kelapangan dan cuti, baru perkara dua yang tiga tadi boleh diselesaikan.

    Buat masa ini belum lagi serasi, mungkin sedikit masa lagi akan berjaya.

  • Piala Thomas: Malaysia Kecundang kepada China

    Piala Thomas: Malaysia Kecundang kepada China

    Skuad badminton Malaysia sekali lagi tunduk kepada kehebatan China apabila tewas tiga perlawanan berturut-turut.

    Liew Daren memberi kejutan apabila memenangi set petama ke atas Lin Dan, 17-21 sebelum tewas 21-9 dan 21-5.

    Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong tewas kepada beregu Cai Yun dan Fu Haifeng, 21-17 dan 21-18 dalam set kedua.

    Perlawanan ketiga anttata Hafiz Hashim dan Chen Long bermula sengit tetapi aksi longlai pemain Malaysia itu memberi kemenangan mudah 21-10 dan 21-11.

  • (TERKINI) Denmark Tewaskan Malaysia 3-1

    (TERKINI) Denmark Tewaskan Malaysia 3-1

    Lee Chong Wei Cedera

    Skuad Malaysia terpaksa akur apabila tewas 3-1 kepada Denmark dalam perlawanan kedua Piala Thomas 2012 peringkat Kumpulan C. Beregu Denmark, Jonas Rasmussen dan Joachim Fischer Nielsen menumpaskan beregu Koo Kien Keat dan Goh V Shem, 21-18, 21-15 dalam masa 38 minit.

    Sebelum itu, pemain perseorangan kedua negara Daren Liew menjadi wira Malaysia apabila membuka peluang pasukan itu untuk terus bersaing dalam memburu juara kumpulan C setelah mencatat kemenangan ke atas pemain Denmark, Jan O JORGENSEN, di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan, hari ini.

    Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei sebelum ini gagal menamatkan perlawanan apabila menarik diri selepas mengalami kecederaan di buku lali kanan semasa menyambut pukulan Peter Hoeg Gade dan memberi mata pertama kepada Denmark.

    Sementara itu, beregu pertama negara, Tan Boon Heong/Hoon Thien How turut mengecewakan apabila gagal untuk mengutip mata pertama untuk Malaysia setelah tewas ditangan pasangan Carsten Morgensen/Mathias Boe dengan catatan 21-17,21-23,21-11.

    Sumber: Sinar Harian, BWF Badminton