≡ Menu

(DIY) Tukar Sendiri Visor MS88

Helmet yang glemer seperti MS88 bukanlah sebuah helmet yang tahan lasak, sesuai dengan harganya sekitar RM30 sahaja. Tetapi disebabkan mobiliti helmet ini menjadikannya popular dalam kalangan penunggang motorsikal.

Selain masalah dicuri, helmet ini juga mempunyai beberapa masalah lain seperti pin visor tercabut akibat karat. Untuk menempuh angin laju sepanjang Shah Alam – Petaling Jaya, adalah mustahil untuk tidak memasang visor dan kesempitan kewangan menghalang untuk membeli helmet baru walaupun lebih bergaya.

Untuk itu, hari ini saya membeli visor Bogo dan 3 skru berkepala allen key sebagai penghubung antara visor dan helmet. Bermodalkan RM10 helmet anda kekal bergaya dengan visor baru tanpa calar. Selamat menempuh angin!

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • Izzul April 3, 2017, 8:24 pm

    Bro nak tanya camne bro tukar button visor tu? Mana beli button tu? Kedai moto boleh buat ke? Sebab button visor tercabut time nak tanggalkan dari helmet. Please reply

Leave a Comment

Next post:

Previous post: