Hujung minggu gua mulakan latihan industri dengan menyertai team siaran luar (OB) Astro Arena sempena siaran langsung BMW Malaysian Open 2012 di Pusat Ekuastrian Bukit Kiara.
Pengalaman pertama kali ini banyak mengajar gua erti menjadi seorang broadcaster tegar. Manakan tidak, calltime 8 pagi, game habis 11 malam. Memang setia sampai malam.
Berita Harian melaporkan, Su-Wei yang merangkul gelaran sulungnya dalam siri Persatuan Tenis Wanita (WTA) itu menewaskan Petra Martic dari Croatia 7-5, 4-1 meskipun diberi tentangan hebat pada set pertama yang menyaksikan Martic menang 6-2 dalam aksi selama sejam 45 minit sebelum pilihan kelima itu terpaksa menarik diri pada set ketiga akibat kepenatan.
Gila Tenis
Di hari pertama kejohanan, perlawanan terpaksa ditunda akibat hujan lebat. Tapi, apa yang menarik perhatian ialah masih ramai lagi penonton yang setia menanti sehingga pegawai pertandingan mengumumkan perlawanan ditangguhkan. Dalam menanti hujan reda untuk mengalihkan kamera, gua duduk dalam kalangan orang ramai yang turut menanti hujan reda.
Salah seorang penonton menyapa gua, dengan memakai talkback, mereka mula menyangka bukan-bukan pasal gua. Mereka cuba meneka. Mereka teruja apabila kejohanan ini disiarkan secara langsung di kaca televisyen. Mereka fikir, syarikat tempatan tidak berminat untuk menyiarkan perlawanan tenis kerana kurang permintaan daripada peminat. Tetapi jangkaan mereka meleset. Dia datang dari Kota Kinabalu semata-mata mahu menonton perlawanan Jalena Jankovic secara depan mata. Dia sanggup mengambil cuti untuk perlawanan ini.
Begitu juga dengan seorang pegawai eksekutif yang bekerja di Shell Sabah. Katanya, dia datang semata-mata mahu mengisi kehendak dan minatnya yang mendalam dalam sukan tenis. Hari Rabu dia datang, maknanya dia perlu mengambil cuti untuk 3 hari. Tapi itu bukan pasti bukan masalah untuknya. Datang dengan pass pemilik BMW, apa lagi yang perlu difikirkan walaupun ambil cuti. Permainan ini mempunyai kelasnya tersendiri.
Revolusi
Esoknya, hujan lagi. Perlawanan lagi ditangguh. Sambil menghirup udara panas di lorong tempat duduk penonton, gua disapa seorang Arab. Dari Mesir katanya. Dia memulakan perbualan dengan tanya, siaran langsung ini boleh ditonton dalam channel berapa. Gua jawab 813. Mahu anak-anaknya tontonm, katanya. Dia tanya lagi, kerja mana, dan lain-lain. Ceritanya, dia seorang jurutera untuk kilang Nestle di Petaling Jaya dan tinggal di Mont Kiara. Sebelum ini bekerja di Nestle Dubai.
Beliau ditukarkan ke Nestle PJ kerana budaya meminum Milo di Malaysia adalah melampau-lampau dan jumlah pengeluaran Milo di Malaysia adalah dua kali ganda di Dubai. Maksudnya, rakyat Malaysia gilakan Milo. Atas alasan itu beliau ditukarkan ke sini.
Penceritaan semakin serius bila gua bukak cerita adik gua belajar di Mesir. Dia mula membuka cerita dari hatinya, tentang kesedihan beliau terhadap negara Mesir, negara kelahirannya. Negara yang dulunya aman, hari ini bertukar pincang kerana revolusi. Katanya, semua orang berlumba-lumba untuk menunjuk merekalah yang hebat, lalu berlakukan keganasan di mana-mana. Sistem ekonomi menjadi lumpuh, sistem pendidikan entah kemana dan negara menjadi kacau bilau. Mereka tidak mempunyai sistem untuk berevolusi, seperti yang terjadi kepaga Argentina selama 30 tahun.
Apa yang menyedihkan, ramai saudara dan kawan-kawannya terpaksa mencuri dan merompak untuk meneruskan kehidupan. Hari ini, beliau hanya mampu menceritakan yang baik-baik saja tentang Mesir, sambil menafikan pergolakan di Mesir kepada anak kecilnya yang hidup aman di Malaysia.
Other articles you might like;