Beberapa hari lepas, kecoh dengan isu lagu Seniman Allayarham Tan Sri P. Ramlee telah dinyanyikan semula oleh penyanyi Indonesia, Ahmad Dhani — bekas vokalis Dewa 19. Pelbagai komen negatif dikeluarkan oleh peminat muzik tempatan. Apakah kewajaran nyanyian semula oleh Ahmad Dhani dipertikaikan?
Pada pendapat saya, isu ini sebenarnya tidak perlu diperbesarkan kerana nyanyian semula atau cover version adalah suatu yang boleh dianggap sebagai tanda penghargaan kepada penyanyi asalnya. Jika Jamal Abdillah menyanyikan lagu Mencintaimu yang asalnya oleh Kris Dayanti dari Indonesia sendiri sebagai suatu yang normal, rakyat Malaysia sendiri harus menerimanya dengan positif. Banyak lagi lagu-lagu lama dari Indonesia telah dinyanyikan dan dipopularkan semula oleh artis Malaysia, jadi biarkanlah mereka mengembangkan lagi lagu-lagu Melayu untuk disegarkan dengan gaya yang moden. Jika anda kata bahawa itu salah, mengapa artis Malaysia juga meminjam lagu Indonesia untuk dinyanyikan semula?
Apa yang penting di sini bukanlah isu siapa ambil lagu siapa, sebenarnya artis Malaysia perlu mengubah persepsi kini yang melabelkan mereka sebagai kering idea. Banyak lagu masa kini seperti hilang punca dan terlalu terikut-ikutkan budaya luar. Itulah bahana daripada program realiti TV. Jika diimbas zaman kegemilangan Bumi Putra Rockers atau Alleycats, tiada isu seperti ini. Jangan disebabkan kebanjiran lagu Indonesia ke Malaysia, artis-artis Malaysia menjadi tegang. Buatlah sesuatu untuk mengubah keadaan ini. Kerajaan boleh tolong anda untuk menetapkan quota 90/10, tapi lagu anda buat rakyat Malaysia bosan dan lebih meminati lagu-lagu Indonesia.
Media Massa mesti memainkan peranan untuk mengurangkan lagu-lagu Indonesia disiarkan. Bukan diskriminasi, tetapi cara ini perlu untuk mengelakkan kebanjiran lagu-lagu Indonesia di Malaysia. Sudah penat mendengar di Internet, di TV, di radio juga semua berslanga Indonesia. Jika tidak lagu Indonesia, telenovela Indonesia boleh juga — lebih menarik sekiranya bertemu abang-abang macho PATI dari Indonesia.
Berbalik kepada tajuk — saya amat menyokong sekiranya isu ini dihentikan segera. Sekiranya tetap diteruskan — risau akan terus melarat. Takut-takut ada yang mengaitkan isu hiburan dengan isu politik atau melibatkan sentimen kenegaraan. Itu tidak manis untuk suatu negara yang mementingkan keamanan berlandanskan 1Malaysia.
Other articles you might like;
video klip xleh blah…
haha…lawak siot…!
Hehe. Tidak menggunakan wanita seksi untuk menarik penonton.
memang la ok.tpi ko cuba tgk web malingsia tu.die tuduh kita pencuri budaya la,mcm2 die tuduh MAlaysia ni.sapa leh tahan beb…..
Tak salah rasanya Dewa nak nyanyi lagu P. Ramlee… Ramai jer artis malaysia cover lagu indon… cetek pemikiran they all ni…
Lagunya sedap, tetapi sense of humornya tak sehebat P Ramlee.
x boleh bla la video klip nie.. huhuhu
Banyak mereka ini bagi muka kat artis indon
masing nak untung semata aja
releks laeh bro..
diowg nyanyi lagu ni bkn tok
merapu,agpon sore ahmad dhani
tuh sedap jgak kan..
xabis2 isu mcm ni
pdhal kta serumpun -___-“
Artis Malaysia sendiri yang buat pasal. Elok la bersaing dengan negara jiran secara sihat. Hebatkan kecemerlangan, kurangkan kontroversi.
Masalahnya kita selalu dengar tentang masalah sosial dalam kalangan artis dan bukannya kejayaan daripada mereka.
ade pihak smgt2 nk saman blax3. hakcipta, royalti konon. padahal undang2 untuk pemilikan hakcipta hanyalah selama 20 taun. lepas tu bebas org lain nk guna, atau perbaharui klu ade sebab2 seperti jenama blax3. papehal. video klip tu smart.. haha
aku dari Indonesia, kita serumpun, tidak seharusnya saling mencela/menjelek2an. Kalo masalah lagu dhani, pasti dhani udah minta ijin ke pihak p.ramlee. Tidak mungkin menyanyikan begitu saja tanpa ijin.
Terima kasih. Apa yang penting, sama-sama kita majukan industri muzik kita. Tiada perlu berbalah. :)
Bila orang Cina minat lagu Cina dari Hong Kong dan Taiwan kita faham, begitu juga bila orang india minat lagu dari India kita memang fahamam. Tapi bila orang Melayu Malaysia gila habis dengan lagu2 dari Indonesia ada kelompok yang buat-buat tak faham. Orang seberang pun tak faham kenapa kita minat sangat dengan produk2 dari seberang ni. Memang lumrah manusia akan nolstagik terhadap keturunan asal mereka. jangan kita lupa sebahagian besar orang melayu Malaysia generasi2 perantau dari Indonesia sejak zaman Parameswara lagi. itulah hakikat mereka di seberang sana adalah saudara sejati kita. Kita sebenarnya 1 bangsa 2 negara
Setuju sangat!
Lagu siapapun tak masalah dinyanyikan oleh siapa saja. Yang terpenting menjunjung nilai musikalitas lagu tersebut..
.-= el_afiq´s last blog ..Imagi Kotamu =-.
kasus kd , raul lemos ataupun anang hermansyah gw rasa cuman dompleng popularitas ditengah persaingan artis pendatang baru, menurut gw lagi nih, hal gak penting kayak kasus kawin cerai ini yang bikin infotainment kehilangan bobot, ikut arus aja setiap masalah raul KD dan anang di angkat, padahal masyarakat gak mo peduli. itu menurut gw lo ya