Sabtu lepas, Adam berkesempatan menyaksikan Konsert Minggu ke-9 Akademi Fantasia Musim ke-7 bersama Amzar dan Adlina. Sebenarnya bukan berniat untuk itu tetapi terpaksa kerana kami di kedai makan. Sebenarnya sudah lama Adam mahu bahaskan isu yang seperti ini tetapi tiada kesempatan.
Apa yang mahu sangat-sangat ditentang ialah tentang sistem AFMasuk yang diperkenalkan semula oleh Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina. Sebenarnya bukan Adam seorang yang tidak bersetuju malahan ramai lagi yang membangkangnya selepas Adam selesai membaca sisipan Rap Harian Metro hari ini.
Seperti yang kita sedia maklum, Khairil Azam Pilus (Aril) berjaya melayakkan diri selepas menerima 52 peratus undian daripada 300,000 undian masuk yang diterima dan bakal bertanding di Final Akademi Fantasia 7 bersama Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz), Afiq Hakim Ahmad (Akim), Mohd Yazid Ibrahim (Yazid) dan Ismaliza Ismail (Isma).
Satu soalan kepada anda, apakah rakyat Malaysia ketandusan bakat yang boleh menyanyi dengan lebih sedap? Hasil daripada pemerhatian Adam, nyanyian mereka amatlah teruk. Teruk! Pengkritik kata sedap, tapi telinga kata teruk — macam mana? Mungkin ada beberapa faktor yang membawa kepada keterukan itu seperti pemilihan lagu. Pertama mungkin lagu yang dipilih itu tidak sesuai. Lagu Meet Uncle Hussain terlalu moden untuk dibawa oleh anak murid Datin Tiara ini. Bila dinyanyi semula, mereka mengubah tempo dan mengubah secara terus lagu tersebut dan menjadikan tidak sedap didengar. Cuba biarkan Yazid menyanyikan lagu Jamal Abdillah — mungkin sedap juga. Kedua mungkin cara didikan yang diterima semasa di akademi tidak dipraktikkan sepenuhnya. Mereka dibentuk dan digarap untuk menjadi bintang tetapi belum menemui jalan untuk bersinar. Ketiga? Faktor penerimaan oleh individu — bagi Adam mungkin tidak sedap, tapi bagi peminat fanatiknya sangatlah sedap!
Jadi, kepada peminat Akademi Fantasia dan peserta-pesertanya — jadilah orang yang bijak. Kembalikan martabat dan maruah industri muzik tanah air ke satu tahap yang membanggakan. Serlahkan Transformasi Diri.
Other articles you might like;
Aku dari dulu lagi memang tak berminat dengan AF.Dan aku tak faham kenapa ramai orang suka membazirkan duit dengan mengundi untuk peserta yang bertanding.Yang masuk bertanding dah tentulah dapat ganjaran hasil dari duit undian sms tu. yang mengundi pulak apa dapat???
nice grammar .. I nanged ^@^ ..
wah, telinga adam cerewet la .. macam mane pula dengar vokal tomok ?? ok tak ??
haha ..
Itulah rakyat Malaysia. Susah nak difahamkan perangai golongan-golongan ini. Fanatik sangat.
Terima kasih kerana sudi singgah.
Tomok? Boleh la.. Sedap telinga mendengar.
Sebenarnya dah berlaku revolusi muzik di Malaysia dimana artis akan memilih lagu-lagu ‘serabut kepala’ seperti Aku Stacy yang agak bingit didengar.
Maaf, memang kurang senang dengan lagu Aku Stacy. Haha.
AF is a family TV show, dan program nih bukan setakat nyanyian jer, tapi semua. According to the producer, as long as people nak tengok lagi AF, selagi tu AF akan di produce. Lame kan? Tapi itulah kenyataan… Even sampai AF20 pun orang akan tetap tengok dan undi…
Tapi, products AF banyak yang menjadi… Compare ngan others yang datang dari Malaysian Idol, OIAM, Mentor…
Tapi walau apa pun, Dato Siti tetap rawksss!! Ngahaha…
Adam rasa produk AF1 hingga ke AF3 adalah antara yang terbaik. Bila dah semakin lama, dah macam karut aja. Kenapa?
dah jadi blog gosip ka ni,,ahaha..bravo2
Aku rasa 3 posting terakhir aku adalah berkaitan Hiburan tanahair. Saja kot. Nak curi traffic. Haha.
siapa yg untung? sudah pasti ASTRO! aku rasa, telenovela tiara nangis, pura2 terkejut, bincang2 dgn org besar astro ria [ tak sampai 5minit pn bincang]…semuanya sudah dirancang. kalau fikir balik, siapa tiara, nk ada kuasa adakan afmasuk. semua yg berlaku atas dasar duit semata2. bila ada afmasuk, dut stro pun masyukk.
-tgk af7 hanya untk mengkritik- dh tak minat!
Kalau awal-awal lagi rakyat Malaysia sedar bahawa AF ni tak bawa kebaikan kan senang. Boikot rancangan tu, takda rakyat Malaysia kena tipu lagi. Duit menghanyutkan manusia. Haha.
Itulah realitinya…=)
hmmm interesting..
Dah jumpa apa realitinya ;)
Welcome Kenwooi ;)