≡ Menu

IKEA Meatballs Halal

Dua tiga hari ini kecoh tentang status halal produk keluaran Secret Recipe dan makanan di IKEA Restaurant. Petang semalam, pegawai berkenaan daripada Secret Recipe mengumumkan bahawa produk mereka bebas daripada menggunakan bahan mentah yang mengandungi unsur babi.

IKEA Meatballs Halal

Hari ini, status halal makanan di IKEA Restaurant seperti IKEA Meatballs masih menjadi tanda tanya. Menurut salah seorang blogger, Cik Yanmie (menulis di Yanmie Online), beliau menelefon IKEA Mutiara Damansara bagi mendapat pengesahan perkara ini. Semua produk makanan di IKEA Restaurant adalah disahkan halal kerana mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM kepada pembekal bahan mentah mereka iaitu Macfood Services. Sijil halal mereka dapat dilihat daripada laman web Halal JAKIM dengan kata kunci “Macfood Services“.

Sebagai pengguna, saya sendiri terkejut dengan isu ini. Saya juga perlukan penjelasan daripada pihak IKEA Mutiara Damansara bagi membetulkan keadaan. Walaubagaimanapun, banyak perkara yang perlu diambil berat termasuk cara penyediaan, cara sembelihan, dan tukang masak dan penyedia yang beragama Islam bagi meyakinkan bahawa makanan di sana adalah Halal dan selamat dimakan.

Other articles you might like;

70 comments… add one
  • zety May 31, 2011, 1:13 am

    hi.
    just nak cakap isu makanan mcm nih dah banyak kali berulang,lepas sebulan lenyap la balik.

    kalau dah was was tak boleh makan.tahu..tak payah tunggu pengesahan dari jakim pun dah jatuh haram.

  • zety May 31, 2011, 1:15 am

    hi.
    just nak cakap isu makanan mcm nih dah banyak kali berulang,lepas sebulan lenyap la balik.

    kalau dah was was tak boleh makan.tahu..tak payah tunggu pengesahan dari jakim pun dah jatuh haram.

  • Alia Natasha June 2, 2011, 1:22 pm

    wahhh ! sedapnya i tngk gmbr tuhh :)

  • eizny June 2, 2011, 9:33 pm

    adei terliur tgk meatballss ni..

  • merlot June 7, 2011, 2:36 pm

    bab2 makan ni susah nak kata… sepatutnya pihak bertanggungjawablah yg bantu kita untuk selesaikan masalah ni… kita pulak yg menanggungnya…

  • si para para June 8, 2011, 10:37 pm

    kalau was was baik tak payah makan kan..

  • +fobia+ June 11, 2011, 12:43 pm

    janji sedap.hee.

  • sham February 29, 2012, 5:16 pm

    meatball tu je yg halal, tapi restoran kat IKEA still tak dapat pengesahan halal JAKIM kan? tak dak dlm website JAKIM. Byk lagi makanan lain selain makanan kat IKEA yg kita boleh makan

Leave a Comment