≡ Menu

Kembali ke Perlis!

Assalamaulaikum WBT. Alhamdulillah, semalam lebih kurang jam 10 malam, Adam dah selamat sampai ke Perlis dari Melaka. Dengan menaiki kereta yang dipandu oleh bapa Hafiz, kami mengambil masa lebih kurang 10 jam untuk sampai ke Perlis.

Apa perancangan masa cuti? Banyak soalan ini diajukan oleh sahabat-sahabat di Melaka dan juga di Perlis. Berkerja? Mungkin tidak. Mungkin bekerja sendirian untuk menguruskan projek-projek Reflector Studio yang ditangguhkan dan beberapa cadangan untuk menaiktaraf laman web agar lebih SEO untuk menjana sedikit pendapatan daripadanya.

Alhamdulillah, ada juga projek kecil-kecilan untuk Reflector Studio. Peluang masa cuti ini akan digunakan sebaik-baiknya. Kalau ada projek mega waktu cuti ni, seronok juga ya. Kalau kita berusaha sikit, Insya-Allah akan ada la rezeki untuk projek mega ini ya.

Rasanya cukuplah untuk post kali ini, semoga berjumpa di lain posting. Salam.

Update 10PM – Petang tadi keluar dengan Epih, Cedin, Nu’man, Farid, Yon dan Fakhrul. Lepak di KCR 2 Workshop — Pizza Hut — Farmasi belakang Aneka. Mulanya tiada aktiviti lalu kami ke KCR Workshop untuk menentukan hala tuju. Setelah dibincang kami ke Pizza Hut untuk membeli pizza untuk dihadiahkan kepada Cikgu Kimi dan Cikgu Miah sebab sudi membawa Adam pulang dari Melaka ke Perlis.

Selepas setel urusan di Pizza Hut bersama Epih dan Cedin, Adam bersama Yun dan Cedin ke Farmasi kerana Yun sedang mencari ubat untuk menaikkan badan. Huh, kenapa ya? Mungkin kerana inginkan badan yang lebih tought kot :D Kemudian ke Yohin untuk membeli ubat tikus seperti yang dipesan Umi.

Selepas selesai semua perkara kami kembali ke KCR 2 Workshop untuk melepak disamping membasuh skuter yang kesuraman. OTW balik rumah, tengok roundabout Kangar sibuk dengan kerja-kerja pengindahan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke 65 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis pada 17 Mei nanti.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment