≡ Menu

Motorku dah balik!

Sedikit update untuk hari ini, 14 Mei 2008.

Alhamdulillah, projek terbaru – BusyBeingFamous Online Store telah berjaya disiapkan dan diserahkan kepada pemilik kedai dengan jayanya. Walaupun hanya melanggan pakej Katalog Online, semoga Pn. Zara akan berjaya untuk mencari peluang yang terbuka di Internet untuk menambah pendapatan.

Petang tadi, seorang sahabat telah menghubungi Adam untuk membangunkan sebuah komuniti dan Adam telah berusaha sedaya upaya untuk membantu beliau dalam membangunkan sebuah laman komuniti. Nampaknya selepas ini akan bertambah lagi satu komuniti yang akan memeriahkan dunia Internet tanah air. Adam pun ada memasang niat untuk meneruskan projek yang dibincang bersama Fakhrul beberapa bulan lepas. Insya-Allah, kalau ada rezeki akan kami mulakan projek itu. Nantikan..

Malam ini, sibuk dengan menyiapkan satu lagi projek terbaru untuk sebuah syarikat pendaftar perniagaan yang terletak di Sungai Buloh, Selangor. Walaupun menggunakan khidmat orang tengah, Alhamdulillah kerana masih ada kerja yang boleh dibuat selepas selesainya projek online store.

Oh, berbalik kepada topik — motor kesayangan telahpun selamat sampai ke Perlis walaupun ada beberapa kesan calar di beberapa bahagian motor tersebut. Seperti yang sedia maklum, monoshock kepada motor tersebut sudahpun rosak dipercayai akibat membawa muatan yang lebih dan telah dibawa ke beberapa bengkel untuk disurvey. Bengkel pertama — Bee Aik Motor — tempat motor ini dibeli menyarankan agar Adam segera menuntut warranty daripada kilang di Pulau Pinang sebelum mencecah 10,000KM.

Kedai kedua pula — Lea Hin Motor — menawarkan monoshock Kayaba original untuk Yamaha LC135 dengan harga RM180 termasuk upah pasang. Apakah pilihan Adam? Pergi ke Pulau Pinang untuk menuntut warranti secara percuma atau hanya membeli monoshock baru di Perlis?

Selain itu, Yamaha Majesty juga perlukan servis kerana ‘pad break-disc’ yang ditempah sudahpun sampai. Berapa pula kos untuk kali ni termasuk minyak enjin yang perlu ditukar? Hm. Semua itu duit.. Duit.. Apabila ada duit yang masuk, mesti ada yang mahu meronta-ronta keluar.. Itulah lumrah dunia…

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Next post:

Previous post: