Tag: daftar blogspot

  • Kenali Fungsi Blogger Dashboard

    Kenali Fungsi Blogger Dashboard

    Setelah blog anda sudah dibina, klik pada nama blog anda di Blogger Dashboard. Anda akan dibawa ke satu paparan Blogger Dashboard spesifik untuk blog anda. Anda boleh melihat Pageviews, Update dan News from Blogger di paparan Overview. Muka depan ini adalah sepintas lalu tentang blog anda, termasuk jumlah trafik yang diterima atau jumlah entri (posts) dan pages yang telah anda cipta.

    Perhatikan sidebar anda, ada menu Posts, Pages, Comments dan sebagainya. Setiap satu menu ini mempunyai fungsi untuk blog anda. Contohnya Posts adalah untuk artikel berbentuk cacatan harian atau testimoni yang dimasukkan secara harian. Pages pula adalah artikel yang tetap dan jarang di ubah seperti latar belakang syarikat, perkhidmatan yang ditawarkan, atau cara pembayaran. Pastikan anda boleh beza dua perkara penting ini.

    Google+ pula membantu anda menghubungkan akaun Blogspot dan Google Plus. Cara ini mampu menaikkan ranking blog anda di enjin carian Google jika kena caranya.

    Stats menunjukkan graf pelawat yang berkunjun ke blog anda secara terperinci. Anda boleh melihat posts yang kerap dibaca, sumber pelawat dan demografi pelawat.

    Earnings dan Campaign pula jika anda mahu letakkan iklan di blog dengan Google AdSense, atau beriklan blog anda di Google Adwords. Buat masa ini, saya tidak fikirkan ia perlu. Namun, Google AdWords akan bantu anda capai pelanggan dengan lebih cepat.

    Layout dan Template adalah menu untuk rekaletak laman blog anda. Anda boleh customize di sini.

    Settings pula menyediakan ruang untuk anda edit Title, Address atau perkara lain yang lebih terperinci. Saya akan sentuh dalam posting yang berkenaan.

    Teruskan dengan panduan Menambah Posts dan Pages di Blogspot.

  • Daftar Blog dengan Blogspot

    Membina sebuah laman blog perniagaan adalah satu cara terbaik untuk memberitahu dunia bahawa anda sedang buat itu dan ini atau menjalankan sesebuah perniagaan. Mempunyai laman blog terbukti mampu menjadi perantara antara pemilik perniagaan dengan prospek atau bakal pelanggan.

    Perkara pertama untuk mempunyai blog adalah dengan mendaftar di platform pilihan anda. Terdapat dua platform blogging yang terkenal iaitu Blogger (Blogspot) atau WordPress. Kedua-dua platform ini mempunyai kelebihan masing-masing dari segi antaramuka, fungsi dan optimasi laman web.

    Saya sangat menyarankan agar anda menggunakan Blogspot ini kerana lebih mesra untuk pengguna baharu. Anda boleh ‘explore’ WordPress selepas ini, atau nantikan panduan yang akan ditulis kemudian. Salah satu kelebihan Blogspot adalah, anda boleh guna akaun GMail anda, tanpa perlu mendaftar akaun baharu. Selain itu, blog anda lebih mudah di-index oleh Google kerana Blogspot adalah produk mereka. Secara tidak langsung, blog anda akan cepat mendapat trafik organik daripada enjin carian.

    Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk mendaftar Blogspot.

    1. Log masuk ke www.Blogger.com atau www.Blogspot.com. Pastikan anda telah log in ke akaun Google anda terlebih dahulu. Sekiranya tidak, anda akan dibawa ke laman log masuk Google.

    2. Blogger Dashboard akan dipaparkan. Di sini, anda dapat melihat senarai blog yang didaftarkan di Blogspot milik akaun anda. Anda boleh daftar lebih daripada satu blog, hingga 99 blog maksimum. Jika anda ada 10 perniagaan, anda boleh bina 10 blog untuk kesemua perniagaan anda. Reading list ialah senarai blog yang anda ‘follow’. Entri terkini blog yang di follow akan disenaraikan, jadi mudah untuk anda tahu apa artikel terkini yang dikongsi blogger kegemaran anda.

    Bina Blog Perniagaan Dengan Blogspot

    3. Untuk mebina blog anda yang pertama, klik pada New Blog. Satu popup Blog List > Create A New Blog akan dipaparkan. Masukkan maklumat blog anda; Title, Address dan Template.

    • Title merujuk kepada nama perniagaan atau naman laman blog anda. Anda boleh masukkan terus nama perniagaan anda.
    • Address ialah nama subdomain kepada blog anda. Contohnya, blogbisnessaya.blogspot.com. Anda boleh mendaftar domain blogbisnessaya.com selepas ini, jika anda rasakan perlu. Address adalah kekal selama-lamanya. Maka, anda perlu luangkan masa untuk fikir Address/URL/subdomain yang akan anda bawa bersama perniagaan anda di Internet ini.
    • Template pula ialah rekabentuk blog anda. Pilih mana-mana template, anda boleh tukar jika dirasakan tidak cantik.

    4. Klik Create Blog sekiranya anda berpuas hati dengan Title, Address dan Template anda. Title dan Template boleh di-edit kemudian.

    5. Tahniah, anda sudah memiliki blog. Teruskan baca panduan seterusnya untuk menambah kandungan blog anda melalui Blogger Dashboard.