Tag: google adwords

  • Cara Mendaftar Google AdWords

    Beriklan cara berbayar dapat membantu kita mempercepatkan proses discovery dimana pengguna akan menjumpai laman jualan kita secara online. Jika anda seorang yang sabar, anda pakar dalam Teknik SEO, maka anda boleh tunggu. Pengalaman saya, hampir sebulan setengah laman jualan saya diindex dan tersenarai di muka depan Google. Itupun penuh dengan beberapa cara seperti SEO dan backlinks di laman web berpengaruh.

    Apa beza Google Adwords dan Facebook Ads?

    Ada yang tanya soalan di atas. Pada pendapat saya, Google AdWords (GA) melayan orang yang ada minat tentang sesuatu produk. Maksudnya, jika Shahir mencari ‘ubat kencing manis’, maka semua iklan dan laman web yang berkaitan akan dipaparkan. Dengan cara ini, anda mendapat prospek yang memang mahu cari ‘ubat kencing manis‘ tersebut. Berbanding Facebook Ads (FB Ads), iklan anda akan dilihat oleh orang sembarangan (kecuali anda letak interest, location dan beberapa parameter lain untuk hadkan iklan anda) dan tidak pasti berapa orang yang betul berminat dengan produk anda itu.

    (more…)