Tag: belajar adwords

  • Panduan Google AdWords dengan Video Sifu AdWords

    Panduan Google AdWords

    Tidak dinafikan pengiklanan di Google Adwords boleh jadi sumber utama trafik kepada laman jualan anda. Saya sendiri telah gunakan cara beriklan di Google AdWords untuk perangkap pelanggan yang lapar untuk membeli dengan anda.

    Analogi kepada Google AdWords yang sering saya gunakan ialah, AdWords adalah seperti sebuah yellow pages. Ahmad, seorang bakal pembeli yang berminat untuk membeli kereta Axia baharu. Dia malas untuk ke mana-mana kedai, tapi terus buat carian di Google untuk dapatkan nombor telefon ejen kereta Axia yang berhampiran.

    (more…)

  • Cara Bina Kempen dan Ad Group di Google AdWords

    Setelah akaun anda dimasukkan bajet untuk beriklan, kini anda boleh bersedia untuk membina kempen, ad group, keyword dan bina iklan. AdWords Campaign ialah ibu kepada ad group; yang menentukan bajet harian iklan, lokasi iklan, targetting dan banyak lagi. Setiap satu akaun boleh mempunyai banyak kempen. Contohnya, Kempen #1 mensasarkan iklan di kawasan Selangor sahaja, dengan bajet harian RM10. Untuk Kempen #2 pula, anda boleh sasarkan iklan di Selangor, pengguna menggunakan tablet dan smartphone dengan bajet RM25 sehari.

    adwords campaign

    Manakala, Ad Group merupakan kumpulan kepada keyword dan iklan yang disasarkan. Semua keyword akan dikumpulkan di bawah Ad Group. Anda boleh mempunyai lebih daripada satu ad group dengan keyword dan iklan berbeza.

    (more…)