Tidak dinafikan pengiklanan di Google Adwords boleh jadi sumber utama trafik kepada laman jualan anda. Saya sendiri telah gunakan cara beriklan di Google AdWords untuk perangkap pelanggan yang lapar untuk membeli dengan anda.
Analogi kepada Google AdWords yang sering saya gunakan ialah, AdWords adalah seperti sebuah yellow pages. Ahmad, seorang bakal pembeli yang berminat untuk membeli kereta Axia baharu. Dia malas untuk ke mana-mana kedai, tapi terus buat carian di Google untuk dapatkan nombor telefon ejen kereta Axia yang berhampiran.
Jika zaman sebelum tahun 2000, kita bergantung kepada yellow pages atau iklaneka di surat khabar untuk dapatkan nombor telefon ejen kereta. Zaman berubah, Ahmad dapat jimatkan masa tanpa perlu keluar, jimat tenaga dan minyak kereta.
Selepas tanya itu ini dengan ejen, barulah mereka berjumpa untuk bersembang secara lebih serius.
Berbaloikah Beriklan di Google?
Ya, sangat berbaloi. Saya sendiri telah cuba FB Ads untuk beberapa produk, tapi keputusannya tidak menggembirakan. Setelah berlalih ke Google AdWords, trafik mencanak masuk dan bertukar sebagai pelanggan.
Anda boleh cuba beriklan dengan bajet RM10 sehari, dan lihatlah hasilnya. Ramai pengguna AdWords sanggup meletakkan lebih RM80 untuk sehari, jadi berbaloikah pelaburan di AdWords?
Panduan Video Google AdWords oleh Wan Mus
Sifu AdWords Malaysia, Wan Mus baru sahaja keluarkan panduan mudah untuk menggunakan Google AdWords. Panduan video ini akan membimbing mereka yang tiada pengetahuan dalam Google AdWords tetapi mahu cuba kehebatan Google AdWords ini.
Selepas membaca intisari dalam setiap modul, saya yakin ini adalah panduan AdWords paling lengkap untuk mempelajari Google AdWords. Anda boleh ikuti langkah demi langkah dengan mudah kerana ianya dalam bahasa Malaysia!
Panduan ini dijual pada harga RM197 sahaja. Jika anda berminat dapatkan 3 modul tambahan untuk belajar Retargeting dan kupon AdWords bernilai RM150, anda boleh dapatkan kesemuanya pada RM297 sahaja. Berminat untuk cuba, sila klik di sini untuk pembelian.
Other articles you might like;
boleh try ni..tQ for the sharing.. =)
Cuba dulu, baru tau penangan macam mana. Lagi lagi produk demand tinggi. Boleh curi customer yang cari dengan keyword.
selepas SEO, adwords ni kita kena ambil tahu gak.
hoho..
Cuba dulu, baru tau penangan macam mana. Lagi lagi produk demand tinggi. Boleh curi customer yang cari dengan keyword.
InsyaAllah akan cuba Adwords untuk beberapa studi
dah grab satu, esok boleh tonton.
Saya dah jatuh cinta dengan Adwords ni. Sesuai utk jimatkan masa SEO.
Semua orang ada akses ke Google tapi tak semua orang ada Facebook.
Jadi saya kira Adwords ini memang pelaburan yang bagus.
InsyaAllah akan gunakannya nanti. :)
Bagi saya, orang yang mencari di Google ni orang yang sangat perlukan produk/informasi. Facebook lebih kepada santai.
tunjuk ajar ku sifu!