≡ Menu

Gambar Siaran Ujian MyTV di Machang, Kelantan

Gambar Siaran Ujian MyTV di Machang, Kelantan

MyTV Broadcasting, pengendali infrastruktur TV Terestrial Digital atau Digital Terestrial TV (DTT) di Malaysia telah memulakan siaran ujian mereka di kawasan Pantai Timur. Kelebihan DTT untuk perkembangan industri televisyen di Malaysia adalah boleh menampung lebih banyak saluran berbanding dengan perkhidmatan analog. Ia juga mampu menawarkan ciri-ciri tambahan lain seperti panduan program elektronik, sarikata pelbagai bahasa serta siaran TV berkualiti definisi tinggi (HDTV).

Gambar Siaran Ujian MyTV di Machang, Kelantan

Ujian siaran telah dilaksanakan oleh MyTV Broadcasting, dengan membekalkan dekoder percuma kepada pengguna ujian di seluruh Malaysia. Menurut seorang forumer di Cari Gold, siaran ujian MyTV boleh ditonton di tiga kawasan bandar dalam lingkugan 40 KM dari Bukit Pelindung, Kuantan; Bukit Besar, Kuala Terengganu dan Bukit Bakar, Machang, Kelantan.

Kawasan Ujian MyTV

MyTV akan meluaskan kawasan ujian ke Temerloh dan Maran yang dipancarkan dari Pemancar Gunung Ulu Kali, Genting Highland. Kawasan-kawasan di Sabah, Sarawak dan utara semenanjung akan mula mendapat siaran MyTV pada penghujung tahun 2015.

Gambar Siaran Ujian MyTV di Machang, Kelantan

Hanya antena UHF berupaya menerima signal daripada pemancar berhampiran. Dengan kualiti gambar yang lebih baik, pengguna tidak lagi terjejas dengan gangguan siaran. MyTV adalah penyedia teknologi dan mereka menafikan akan menyediakan kandungan berbayar seperti yang dilaporkan blog tempatan sebelum ini.

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • titan July 10, 2015, 2:09 am

    bagus juga kalau dah ada siaran ni.

    harap satu malaysia boleh dapat.
    Entri terkini titan: Huruf AMy Profile

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3