Alhamdulillah bulan lepas ada rezeki lebih untuk mula buat pelaburan. Kawan di universiti dulu sibuk mempromosikan pelaburan amanah saham/unit trust yang diselia oleh Public Mutual.
Asasnya sama, simpan duit dan tunggu pulangan 8-12% dalam masa satu tahun hingga 5 tahun. Konsepnya sama macam ASB atau Tabung Haji yang berikan pulangan yang lebih berbanding akaun simpanan biasa.
Ada dua cara melabur di Public Mutual, iaitu melalui potongan KWSP atau tunai. Untuk KWSP, baki akaun 1 mestilah mempunyai baki mencukupi untuk dilaburkan.
Untuk pelaburan tunai, deposit minima RM1000 diperlukan. Selepas itu anda boleh masukkan secara berjadual setiap bulan.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Public Mutual dan kira kira ROI pelaburan anda, hubungi Natrah seperti yang tertera di atas.
Other articles you might like;
insyaallah boleh saya melabur nanti dalam PM :)
T kasih Dr Fattah.
Saya dah masuk…yang paling minima, tapi saya tak tahulah untung ke rugi, tak reti baca dia punya nombor2 tu…dah berapa kali terdetik nak bawak keluar je, nak simpan kat tempat lain