Assalamualaikum.
Hari ini cukup pantas berlalu. Hari ini Blok Lekiu bersama PALAPES UiTM Melaka telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Nur Ramadhan 2008. Warga Blok Lekiu bersama bergotong royong mengacau dodol untuk edaran ke seluruh kolej di sini.
Majlis yang bermula pada jam 9 pagi ini dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Dr. Mizan bin Hitam. Lebih kurang 10 kawah dodol disediakan untuk edaran yang disertai oleh pelatih Palapes dan penghuni Blok Lekiu yang berakhir sekitar jam 4 petang. Adam menghadirkan diri untuk majlis tersebut pada sebelah petangnya untuk mengacau dodol (“mengucai dodoi” sekiranya anda orang utara) dan membuat persiapan untuk majlis berbuka puasa.

