≡ Menu

(TUTORIAL) Tetap E-Mail Sendiri dengan cPanel E-Mail Forwarders

Dalam entri lepas, saya diajukan soalan oleh Pacifista yang berbunyi:

(TUTORIAL) Tetap E-Mail Sendiri dengan cPanel E-Mail Forwarders

Ada dua cara anda gunakan kemudahan web hosting yang disewa iaitu menggunakan Web Mail dan Forwarders. Dengan Web Mail, anda boleh memeriksa akaun e-mail anda menggunakan perisan e-mel berasaskan seperti Horde, Roundcube atau Squirrel Mail selain menggunakan aplikasi desktop seperti Microsoft Outlook. Cara ini akan menggunakan sebahagian ruang web hosting anda untuk menempatkan e-mail. Jika kiriman dihantar besar, maka anda menggunakan ruangan yang lebih.

Yang kedua ialah E-mail Forwarders. Forwarders akan menghantar e-mel yang dikirim kepada alamat tertentu kepada e-mail tertentu. Contohnya saya menggunakan alamat ‘hello@domainanda.com’ dan dihantar ke e-mel peribadi saya di akaun GMail. Kaedah ini lebih digemari kerana anda akan menggunakan antaramuka GMail yang terkenal dengan capaian yang laju dan ruangan yang besar. Selain daripada itu, saya menggunakan cara ini kerana saya tidak perlu memantau banyak akaun. Cukup sekadar menggunakan satu akaun untuk diperiksa dengan nama yang lebih cool.

(TUTORIAL) Tetap E-Mail Sendiri dengan cPanel E-Mail Forwarders

Berikut adalah langkah mudah untuk menetap e-mail forwarders anda dengan cPanel.

  1. Log masuk ke cPanel
  2. Klik Forwarders
  3. Masukkan Address to Forward
  4. Masukkan e-mail penerima di Forward to email address
  5. Klik Add Forwarders dan siap!

Mulakan menetap nama e-mel yang cool seperti hello@domainanda.com, hi@domainanda.com, hoi@domainanda.com atau me@domainanda.com :)

Other articles you might like;

25 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3