(Harga) BlackBerry Curve 9360, Bold 9900, Torch 9810 & Torch 9860

(Harga) BlackBerry Curve 9360, Bold 9900, Torch 9810 & Torch 9860

(Harga) BlackBerry Curve 9360, Bold 9900, Torch 9810 & Torch 9860

Research In Motion (RIM) baru-baru ini melancarkan empat variasi model telefon pintar Blackberry, Bold 9900, Torch 9860, Torch 9810 dan Curve 9360. Variasi baru ini didatangkan dengan sistem operasi Blackberry 7 yang mana kebolehan grafik yang dipertingkatkan disamping kelajuan pelayan web dipertingkatkan sehingga 40%.

Blackberry Bold Touch 9900 didatangkan dengan skrin sesentuh 2.8 inci (640 x 480 piksel), pad kekunci QWERTY yang lebih besar, kamera 5 megapiksel dengan rakaman video HD 720p, GPS, WiFI a/b/g/n dan sokongan HSPA.

(Harga) BlackBerry Curve 9360, Bold 9900, Torch 9810 & Torch 9860

Blackberry Torch 9860 diperhebatkan dengan skrin sesentuh 3.7 inci, terbesar dalam keluarga telefon pintar Blackberry. Model ini tidak mempunyai kekunci QWERTY seperti model terdahulu Blackberry Storm.

Blackberry Torch 9810 dipertingkatkan daripada model Blackberry Torch 9800 dengan skrin sesentuh 3.2 inci dan pad kekunci QWERTY.

Blackberry Curve 9360 setebal 11 mm merupakan peranti paling nipis yang dikeluarkan. Model ini didatangkan dengan skrin 2.44 inci (480 x 360 piksel), GPS, WiFi b/g/n dan slot microSD.

Buat masa ini, harga bagi Torch 9860, Torch 9810 dan Curve 9360 masih belum diketahui. Pelanggan Maxis, Celcom dan DiGi boleh mula mendapatkan Bold 9900 mulai 15 September 2011 dengan harga RM2,188.00

Comments

13 responses to “(Harga) BlackBerry Curve 9360, Bold 9900, Torch 9810 & Torch 9860”

  1. Wadi AR Avatar

    tak mampu sy encik. hanye ade SE cybershot je

    1. MDHAFiZ.NET Avatar

      perbaiki amalan pd Nya sob.. agar dimurahkan rezeki.. amin ya robb.. :)

  2. nizamghazi Avatar

    Jujur ak tak pernah cuba BB.
    Tpi spec BB ni mmg best : camera dia :)

    1. Adam Roslan Avatar

      Sama macam telefon yang lain. Kalau tak langgan BIS, cuma boleh telefon dan SMS sahaja :)

  3. echiko Avatar

    xdek duit nak beli,huhu

  4. Ibu Mifzal Arsyad Avatar

    hmm..sy dah guna BB Torch 9800 dan agak menyesal membelinya.. :( kalau nak dibandingkan dgn smartphone yg guna android lag bagus android..

    1. Adam Roslan Avatar

      Kelebihan BB ialah aplikasi BBM. Kalau nak hiburan kita beli Apple. Kalau dua dua nak, boleh cuba Android. Pada pendapat sayalah.

    1. Adam Roslan Avatar

      Produk baru memang mahal, tak gitu? Tunggu tiga empat bulan turunlah harga. Lagi lagi dengan kemasukan set AP ke pasaran Malaysia.

  5. muazfaris Avatar

    mampukah BB lawan syarikat besar spt apple n adroid. tu yang kita perlu saksikan

    salam perkenalan dari MF.com

    1. Adam Roslan Avatar

      Apple dan BB ada market segmentation yang tersendiri. BB ramai yang guna untuk berbisnes dan sekarang jadi trend sebab aplikasi BBM. iPhone memang tak lekang kepada peminat Apple dan peminat game mobile. Cuma yang menjadi kelebihan kepada Android ialah semua pengeluar telefon bimbit boleh guna untuk telefon mereka seperti Motorola dan Samsung. Sekarang, CSL pun dah mula guna Android.

  6. aried Avatar

    boss, harga iphone 5 mcam mana… dah nak kuar bulan 9 ni kan.. :)

  7. eyyraa Avatar
    eyyraa

    baru angkat bb curve 9360 -white
    1st time gna bb..
    nk try mne best bnding dgan android n iphone 4. :)
    suggest : baik beli android dpd apple.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *