Semalam khutbah Jumaat di Masjid Tun Abdul Razak, Repoh menyebut tentang amalan dan kesilapan umat Islam di Pagi Hari Raya Aidilfitri. Saya fikir kandungan khutbah tersebut perlu disebarkan kepada rakan-rakan kerana ramai antara kita masih tidak tahu dan melakukan kesilapan walaupun dilihat kecil dan terpencil.
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman menulis artikel bertajuk Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan Dilakukan menyebut perkara yang sama dengan isi khutbah tersebut. Jadi saya kongsikan 7 Amalan dan Kesilapan di Pagi Hari Raya Aidilfitri untuk rujukan bersama.
7 Amalan di Pagi Hari Raya Aidilfitri
Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk
- Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata:
“Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya”.
- Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut:
“Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”
- Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun.
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya. - Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya: Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”. - Memakai pakaian terbaik yang ada
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam). - Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya” (Riwayat Al-Bukhari) - Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
Nabi pernah bersabda ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
7 Kesilapan di Pagi Hari Raya Aidilfitri
- Sentuhan
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi. - Aurat & Ipar
Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah. - Wangian Wanita
Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. - Pakaian Wanita
Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. - Kubur
Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin) - Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
- Dosa Bertempoh
Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan ‘chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
Other articles you might like;
perkongsian yang baik sebelum aidilfitri… ramai yang leka..
nice ^^
betol. kadang kadang raye terlupe mana yg slh dan betol. encik, sy dah dpt. tengok entri :)
Tegur sesama kita.
Hehe. Terima kasih sebab sudi buat entri. Tahun depan Cik Wadi kenalah bukak slot kad raya untuk blogger, baru tradisi kita tak putus. :)
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H daripada adamroslan :)
ya..betul2..
bro, boleh saya share benda ni x?
tq for sharing selamat hari raya maaf zahir batin
jazakallah. suka artikel ni. kuliah subuh kelmarin pun bincang hal yang sama. memang stended satu Malaysia kot. semoga sama2 blh amal apa yg perlu, tolak apa yg x patut.
cuma satu nk tmbh. nabi x solat raya di masjid. baginda buat di tanah lapang. sebab nk kasi peluang utk perempuan yg uzur turut serta dengar khutbah dan bertakbir sama. baru nmpak kemenangan selepas sebulan puasa.
thanks for sharing!
Kadang-kdang kita terleka dan tidak sedar apabila melakukan kesilapan ni,moga-moga pada tahun ni terhindar la semua kesilapan tu
Semoga apa yang baik, kita semua dapat amal & yang buruk kita dapat tinggalkan di bulan Syawal yang mulia ini, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN 2 all readers..
khutbah aidilfitri semalam pun mengingatkan tentang perkara-perkara diatas..