≡ Menu

Tukar Bateri Macbook White, RM 559

Tukar Bateri Macbook White, RM 559

Selepas tiga tahun daripada tarikh pembelian dan sejak dua hari lepas Macbook White kesayangan mula meragam. Kalau sebelum ini, trackpad membawa masalah sehingga terpaksa dibedah, hari ini Macbook White ini kembali dengan masalah apabila baterinya sudah lagi tidak mampu menyimpan cas dan hanya bergantung kepada adapter kuasa.

Saya menghubungi Mac Studio untuk mendapatkan harga bagi servis dan pertukaran bateri baru. Seperti dijangka, harga untuk menukar bateri Macbook White ialah RM559! Punca utama kenapa saya mengalami malasah ini ialah sentiasa plug kepada punca kuasa walaupun bateri sudah penuh. Berbeza dengan laptop lain yang baterinya boleh dicabut, kepekaan kepada level bateri mestilah diberi perhatian jika anda sayangkan Macbook anda.

P/s Dua tiga hari ni sibuk kemas rumah ‘baru’, tambahan susah nak dapat akses Internet. Harini internet baru masuk, jadi sempat juga update sedikit kisah harian + informasi. Insya Allah saya akan kembali aktif selepas ini.

Other articles you might like;

5 comments… add one
  • myFirdaus September 13, 2011, 10:06 pm

    klau kat MacBook Pro pon sama ker? sebab aritu contact Apple Malaysia, diorg ckap bateri x terjejas wlaupon diplugin ngan punca kuasa. pening2… some say klau pkai bateri, never let the battery status under the 50%. any explanation? MBP aku dah 9 bulan, baru 133 charged cycle. Battery capacity dah menuruk ke 90% jer.

    • Adam Roslan September 14, 2011, 9:40 am

      Secara marketingnya, Apple cakap tak apa walaupun dibiarkan charging. Tapi, teknikalnya dan realitinya dah sebiji MBW punya MagSafe power dah terbakar, dan aku punya pun ada kesan terbakar sikit Bro. Risau dibuatnya, dan sekarang terus tak boleh charging dia punya bateri. Mana satu yang betul, kita taktau.

  • Pacifista September 15, 2011, 5:00 pm

    RM500 lebih bateri tu?2 kali ganda lebih mahal dari bateri laptop biasa…

    • Adam Roslan September 16, 2011, 3:13 pm

      Pakai Macbook memang kena ready untuk sparepart mahal. Sama macam guna kereta mewah. Hehe.

  • Gigahertz April 25, 2016, 1:13 am

    bateri laptop tak kira la acer ke Lenovo atau asus tak sepatutnya di gunakan sampai 0% bila dah tinggal 10% sila cabut dan pasang plug. setiap kali 0% memori bateri akan terencat. Nak tau bateri terencat atau tidak bbateri yang normal akan turun 100% ke 99% secara step by step. dia akan turun macam ni:

    100% ….99% …..98%……97%
    kalau tiba tiba dari 100% terus 90% terus ke 80% itu adalah permulaan terencat. tapi selamat untuk digunakan lagi.

    http://www.gigahertz.com.my

Leave a Comment