Tag: Macbook White

  • Tukar Bateri Macbook White, RM 559

    Tukar Bateri Macbook White, RM 559

    Tukar Bateri Macbook White, RM 559

    Selepas tiga tahun daripada tarikh pembelian dan sejak dua hari lepas Macbook White kesayangan mula meragam. Kalau sebelum ini, trackpad membawa masalah sehingga terpaksa dibedah, hari ini Macbook White ini kembali dengan masalah apabila baterinya sudah lagi tidak mampu menyimpan cas dan hanya bergantung kepada adapter kuasa.

    Saya menghubungi Mac Studio untuk mendapatkan harga bagi servis dan pertukaran bateri baru. Seperti dijangka, harga untuk menukar bateri Macbook White ialah RM559! Punca utama kenapa saya mengalami malasah ini ialah sentiasa plug kepada punca kuasa walaupun bateri sudah penuh. Berbeza dengan laptop lain yang baterinya boleh dicabut, kepekaan kepada level bateri mestilah diberi perhatian jika anda sayangkan Macbook anda.

    P/s Dua tiga hari ni sibuk kemas rumah ‘baru’, tambahan susah nak dapat akses Internet. Harini internet baru masuk, jadi sempat juga update sedikit kisah harian + informasi. Insya Allah saya akan kembali aktif selepas ini.

  • (TUTORIAL) Baiki Trackpad Macbook White 2009

    Macbook Trackpad

    Saya tak pasti sejak bila Macbook saya mula buat perangai, tapi rasanya selepas hampir tiga tahun menggunakannya tanpa belas kasihan. Manakan tidak, setiap kali guna mesti klik dan bermain dengan trackpad magis keluaran Apple ini. Simptom-nya, trackpad menjadi merepek dan sukar untuk saya pilih teks (hilight).

    Setelah membuat kajian di Internet, saya menjumpai video “How to Fix your MacBook Pro’s Trackpad (Click Not Working or Noisy)” dan sekarang saya berjaya memulihkannya! Berikut adalah langkah-langkah bergambar dan maaf kerana saya terlalu fokus membuka skru sehingga terlupa untuk mengambil gambar.

    (more…)

  • Upgrading RAM Macbook White

    Upgrading RAM Macbook White

    Macbook White didatangkan dengan spesifikasi asas 2GB RAM, bagi sesetengah pengguna tegar seperti saya, 2GB RAM ini dirasakan tidak sepantas yang diharapkan kerana banyak perisian yang dijalankan serentak seperti VMWare Fusion — perisian yang membolehkan anda menjalankan sistem operasi yang lain seperti Windows XP atau Linux. Sabtu lepas saya bercadang untuk menaiktaraf sistem sedia ada dengan menambah 1GB RAM kepada Macbook White ini.

    Macbook White (Model 2009) didatangkan dengan 2 keping 1GB 1066 MHz DDR3 RAM. Harga untuk sekeping RAM 2GB 1066 MHz DDR3 ialah RM147 hingga RM155 bergantung kepada kedai yang anda beli.