≡ Menu

Kempen Detik Sepi banteras cetak rompak

Detik Sepi adalah kempen yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai isu-isu berkaitan dengan cetak rompak hakcipta.

Kempen yang distrukturkan dalam empat komponen (Detik Sepi, Pengumuman Selebriti, Kesedaran Undang-Undang & Pengaktifan Pengguna melalui aktiviti Kandungan Dihasilkan Pengguna), ianya dijadualkan berlangsung dari April hingga November 2014.

Kempen ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung dalam industri kreatif, penerbitan kandungan televisyen, muzik, dan perisian komputer.

Akta Hak Cipta 1987 digunapakai dalam membanteras aktiviti cetak rompak, dengan mengenakan denda antara RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap salinan tidak sah, hukuman penjara sehingga 5 tahun, atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Selain daripada itu, pemilik hakcipta juga boleh mengambil tindakan sivil menuntut ganti rugi, injunksi (perintah mahkamah untuk menahan dari pelanggaran undang-undang selanjutnya), suatu akaun keuntungan dan lain-lain.

Cetak rompak yang berleluasa di Malaysia ialah laman web perkongsian fail haram, dimana pemilik membenarkan pelawat menonton atau memuat turun video program televisyen seperti drama, filem atau muzik.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3